Sejak mama terjebak dengan blog
mama sering juga berjalan dari satu rumah ke rumah .
Tapi sebenarnya hanya ada beberapa rumah je
yang tak pernah miss mama intai
yang lain sesekali je...
ada sebuah rumah tu(hari ni cerita tentang rumah tu je)
dari mengintai hingga menjadi kawan
mama suka intai dan singgah ke rumahnya
kerana isi rumah itu menepati selera mama.
persoalannya tentang kehidupan
penyampaiannya bersahaja
tika mengintai
ada masa mama senyum sendiri
kadang-kadang kepala mengangguk2 tanda setuju
ada kala terjurai si air mata
asam garam penyampaiannya
membuat mama puas dan rasa dekat dengannya.
walaupun tak pernah mengenali
Hingga pada satu masa
mama buka...tiada
mama intai tiada...
mama tertanya-tanya kenapa rumahnya sepi
mama cuba bersangka baik
mungkin dia sibuk mengurus dan membelai
mama tersentak dengan nukilannya kali ini.
sebak di dada tika membaca baris-baris bicara.
tak terkata dan terucap
terasa amat memahami
mungkin kerana ada persamaan
-usia (SENJA)
-status(ibu dan nenek)
-kerjaya(guru)
-kerjaya(guru)
-dan...kerana pernah mengalami detik seperti itu
walaupun berlainan cara...
Mama tidak pandai mengatur bicara untuk
menunjukkan simpati
kerana mama faham
berat mata memandang berat lagi bahu memikul
Tapi...mama hanya mampu berdoa
agar keajiban berlaku dengan izin Allah.
Amin...
No comments:
Post a Comment