4.6.2013
Malam ni kami keluar lagi
ke sana lagi...
kali ni bukan berdua
tapi dah tambah 3 ahli.
4 lagi ahli tak de...
masing-masing ada hal
kami terpaksa datang malam ni jugak
kerana esok abah dah nak gi GM
walaupun malam ni belum tiba masanya
walaupun ahlinya tak cukup
malam ni kami jemput khas
2 orang anak mama ni
untuk makan-makan
walaupun mereka dah kenyang
kerana baru berbuka puasa
tak pe kita datang lewat sikit
jadi pukul 10 malam baru
angah datang ambil kami
tupun mereka masih kenyang
Kami belanja mereka makan ni
sempena ulang tahun perkahwinan mereka
yang ketiga....sekejap je dah 3 tahun.
sebagai sokongan moral Alya pun
turut memilih menu...
hihihi
dari 2 dah 3...
moga semakin kukuh cinta mereka.
mama dan abah doakan
agar anak-anak mama ni saling menyayangi,
menghormati,bertimbang rasa dan bertanggung jawab
moga bahtera rumah tangga belayar tenang.
Hidup berumah tangga pasti ada onak dan durinya
jadi,mama doakan moga anak-anak mama ini
tabah mengharunginya...
mendengar,membantu jika perlu
datanglah...
dan yang paling penting...
jalanilah hidup berumah tangga berdasarkan
pegangan agama moga terbentuk
keluarga yang diredai Allah.
Amin
No comments:
Post a Comment