Tuesday, June 4, 2013

Ikatan

 2.6.2013

Sejak seminggu lepas
dah rancang jemput Zaib datang makan malam di rumah
kerana dia datang bercuti ke rumah Ana.


Tapi tiba-tiba hari ni dia beritahu nak datang petang
kelam kabut juga mama yang cepat panik ni
(kerana baru balik dari kenduri)
nasib baik Teh ada bagi kuih
jadi...bolehlah tambah dengan kuih yang abah beli


Nasib baik abah memahami dan cekap
(bodek sikit)
sebelum mereka sampai abah gi beli lauk
mama cuma tambah yang simple-simple je

Sepatutnya makan malam
tapi...kami makan petang
kerana mereka ada agenda lain
nak ronda-ronda

Semoga dengan kedatangan mereka
dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Jika harapkan kami agak sukar...
maklumlah balik sesekali
sibuk pulak tu...

No comments: