Monday, June 24, 2013

gambang water park


15.6.2013


seminggu sebelumnya along merancang
nak jalan-jalan cari makan
mama ok je....tambah lagi 2 minggu cuti
tapi asyik ke sekolah je...
tak kemana-mana 

Cadangan mulanya nak ke CH
atau ke PD
atau jalan...singgah makan....balik
tapi rancangan tak jadi kerana tak cukup ahli
alya n keluarga bimbang bertembung dengan kesesakkan
(sekolah dah nak buka)

abah ke GM
Inn ke Bali
Adik ke Pangkor
Izzat ke Melaka....
mana best kami berdua je...


Lalu angah cadangkan pada 15 Jun
ke Gambang...
dah buka sekolah tu...
mama kena tengok jadual dulu
alhamdulillah....
Jadi walaupun tanpa adik
kami gi juga...(sedih tau)
mama dan abah sebenarnya 
hanya memenuhkan kuota
dah tak larat
semasa ke water park
abah berehat je kat bilik
mama berehat sambil tunggu alya tidur 

Mulanya Alya mandi kejap je
sejuk dan mengantuk
lepas susu terus tidur

bangun tidur dan makan
baru dia segar semula
pergi mandi lagi

Seperti biasa bila aktiviti keluarga
apa yang tersirat lebih penting
dari yang tersurat

dan sekali lagi mama bersyukur
bersyukur sangat-sangat
moga doa mama terus Allah perkenankan
amin....


No comments: