Thursday, June 6, 2013

Bday girl


7 . 6.  2013
dah 7 Jun lagi?
mama rasa baru je
mama membeli peralatan baby
baru je menjahit cadar,sampul bantal
dan peralatan baby


rasanya masih baru
mama berulang alik ke hospital
mengambil suntikan kerana darah rendah
masih terasa keras di punggung

masih terbayang pemilik rambut kerinting
yang 'berkereter'
cepatnya bayi comel itu membesar
kini dah 24 tahun mama bersama-samanya.

  

 Inilah perasaan mama pada dia
dia membesar dengan penuh kasih sayang
membesar bersama dengan
 jiwa dan raga mama
dialah anak...dialah kawan.


 



Dia membawa cahaya kepada keluarga
membawa keriangan kepada abang-abang
memberi keselesaan kepada adik-adik

Tarikh kelahirannya ini
hampir dengan tarikh bersejarah yang lain
Pada 2009 kami sibuk membuat persiapan
perkahwinan Su Nor pada 6 Jun


Begitu juga pada 2010...
Pada tarikh itu kami berada di Sarawak
-perkahwinan angah...


2012 pula pada tarikh itu kami
di Tanah Suci Mekah.....mengerjakan Umrah.

Tahun ini dia ke Bali pula...
Tapi apa pun tarikh itu begitu dekat di hati mama
walaupun kesibukan dan di tempat orang
tarikh itu tetap diingat.


Cuma harapan mama
anak mama yang kian meningkat usia ini
tahu batas pergaulan
tahu baik dan buruk...


Doa mama agar anak kesayangan mama ini
menjadi anak yang solehah
menjadi insan yang bersahsiah terpuji
menjauhi segala kemungkaran 
dan elakkan pekara terkeji
Amin...





No comments: