Tuesday, June 4, 2013

ke-53


2.6.2013

semalam mama terima mesej dari ayah teh
jemput bersarapan di rumahnya esok...


Menurut ayah teh
teh akan masak kuzi
eiii teringat kuzi teh- best
teh memang pandai masak kuzi

dan seperti biasa bila ada perjumpaan begini
kami bawa sikit seorang
hiii kali ni mama buat beli je...

Selain kuzi...ada murtabak raja
ni mesti import  dari KB
best...siap bawa balik

Yang lain-lain mama tak sempat nak interview
maklumlah sibuk...sibuk berborak
bila jumpa ramai-ramai gini...
tapi ...berdasarkan bahan bukti ni
mama yakin ahli yang lain pun buat beli juga...

 

Dan dugaan mama tepat
sarapan ni sempena sesuatu
sempena pertambahan usia...


kerana pertambahan umur juga
mama ingat-ingat lupa
tarikh tu...mama sangkakan 1 Jun


chik kata 6 Jun...
ooo rupanya dalam surat beranak memang6 Jun 
tapi yang sebenarnya 2 Jun
kihkihkih....bat lewat daftar
 
Oleh itu(ewah)mama dah ucapkan
Selamat Hari Jadi buat adik kesayangan mama ni
yang ke-53(hihihi...yang ni tak lupa)
semoga panjang umur,murah rezeki
diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat
amin....





No comments: