berbincang sesama rakan
berkerja dalam satu pasukan
masalah disiplin cuba selesaikan
sahsiah dan akhlak cuba tingkatkan
SU DISIPLIN
SU Disiplin dalam genggaman
Tindakan berhemah Ustaz Sulaiman
Memastikan sekolah
sentiasa aman
Membentuk akhlak ke akhir zaman
Sir Khairull dan Ustaz Mahadi
sama-sama mencurah budi
memastikan sahsiah menjadi
bersama denyutan nadi
Azamima, Nor Haniza dan Hindon:
tiga sekawan turut berbakti
sumbangan diberi tak henti-henti
tak kira masa walaupun cuti
memberi maklumat memberi bukti
Nik
tugas diberi terus terima
disiplin dibantu diberi kerjasama
membantu yang baru juga yang lama
agar sekolah mendapat nama
Lum
setiap bulan telah diminta
mengemas kini maklumat dan data
perlu teliti setiap fakta
untuk membuat peratus purata
Ibrahim
tak kira yang bongsu atau yang sulongtetap memanggil gelaran pak long
sering membantu sering menolong
meredakan yang menjerit dan melolong
Haniza
berusaha menabur jasa
memberi idea agar selesa
untuk menyemai budi bahasa
yang janggal menjadi biasa
Nizam,Kumar dan Kamarul
Mereka bertiga besar sumbangan
saling berfikir memberi cadangan
untuk atasi segala halangan
malah membaiki segala kekurangan
Hasmah
hujan dan panas tiada hairan
setiap masa memberi teguran
sama ada dalaman atau luaran
sambil membaiki setiap laporan
Hasbullah
berkerjasama turut membantu
meleraikan apa yang buntu
demi mencapai matlamat yang satu
meningkatkan disiplin ke tahap jitu
Nur Akmar
budi diberi tidak tersukat
dengan usaha dan juga bakat
hasil kerja secara sepakat
tentu saja membawa berkat
Mat Zaib
masalah disiplin cuba tangani
dengan menyemai nilai-nilai murni
demi kepentingan masa kini
agar selesa dunia dihuni
Tengku
masih muda semangat berapi
kerenah murid cuma hadapi
yang terlajak bawa ke tepi
ingatkan kenyataan bukannya mimpi
No comments:
Post a Comment