Saturday, June 16, 2012

Mendarat

Setelah lebih kurang lapan jam kami membelah awan
akhirnya kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Madinah.


Beratur....terhenti dan beratur lagi....(sistem mereka)
Tertinggal tongkat Tok Mi atas kapal terbang
tapi...syukur encik petugas datang hantar
walaupun tak sempat buat laporan.

Letih jugak...walaupun dah tercukup tidur atas kapal terbang
Letih tapi gembira...teruja...dah menjejak kaki di bumi Madinah.
Kami agak lambat dari orang lain
kerana menunggu kerusi roda Tok Mi
tapi semuanya ok...

Kami dibantu(dipaksa @ terpaksa)oleh pekerja di situ
kami tak nak dibantu....mereka berebut2 nak tolong
kami tak nak...mereka nak jugak
kami kata tak de duit
mereka kata ringgit pun ok...
akhirnya kami terpaksa mengalah kerana dah tak de troli
dia angkat semua hingga ke perut bas

akhirnya...mama lega
mama bersyukur...walaupun berbayar
tapi rasa berbaloi
kerana kami hanya hamba yang lemah(ewah)
Barulah kami boleh senyum
bila semuanya dah beres...
maka perjalanan diteruskan ke hotel...
Kami terpaksa pula menunggu di lobi hotel
kerana bilik belum siap...
jadi kami pandai-pandai je
minta kebenaran guna tandas dan bilik untuk solat
alhamdulillah...
biliknya ok...selesa

Ruang Tok Mi
TV yang dipasang sepanjang masa
untuk melihat jam ...
tak sempat masak pun...

ruang ini banyak digunakan.... 
 sepanjang 4 hari kami di Madinah

No comments: