Tuesday, June 26, 2012

borong lagi...


17.6.12,hari Ahad....
Kami ke Melaka lagi...
hantar si bongsu...
dia minta mama hantar...tak leh naik bas...
ada alasannya tapi agak longar .




Mama letih sebenarnya...kerana batuk masih berirama
tapi...tak pelah...demi anak kesayangan...
tambah lagi along setuju nak pergi...
maknanya along boleh drive...




 
Along pun sebenarnya  beberapa hari ni ada ajak mama
makan ikan bakar...
oklah...bolehlah ambil kesempatan ini...
kerana semua anak boleh ikut kecuali angah.


Kali ni kami ke restoran lain pula...
tukar selera...atas cadangan adik....
sebenarnya sejak dulu dia cadangkan ke sini...
oklah kami ikut...kawasan dia katakan.
Di sini juga tak de ikan bakar
tapi tak pe kerana ada siakap 3 rasa
semua suka...


sebelum nasi sampai..
kami buka selera dulu dengan sate...
sedap juga....dan laju je...licin

Jadi sempena makan-makan ni...
mama nak borong sekali lagilah...
kira selesai semua....
jadi konon-konon hari ni mama belanja kerana...

Hari jadi Inn pada 7.6.2012 yang lalu...
Tak sempat nak sambut bersama-sama kerana
ketika itu kami jauh dari keluarga...
sedang mengerjakan umrah....
Selamat Hari Jadi Inn


Juga sebagai ucapan tahniah  kepada Izzat kerana
dah konvo pada 10.6.2012
Juga mama tak de tika tu...
Tahniah Izzat....

Juga sebagai ucapan terima kasih pada along
kerana membawa kami ke Alor Gajah..
dan singgah di sini...
Terima kasih along....


Sebelum sempat mama meneruskan ucapan...
adik menyambung...
juga sempena hari jadinya....
kihkihkih....sindir ye...
lambat lagilah dik...hujung tahun tu....
tapi untuk adik:
Selamat Belajar....hadapi dengan tabah
moga cemerlang akademik dan cemerlang sahsiah...

Hihihi....alang-alang memberi ucapan dan harapan
mama doakan (walaupun mereka tak de)
agar Kak Alzalia selamat melahirkan baby nanti
dan moga angah dan kak alzalia menjadi
ibu bapa yang baik.
Untuk abah?
Moga abah sihat
dan bahagia dengan hobinya...
hihihi...
Mama?
untuk mama pula...
moga cepat sihat...tak batuk2 lagi...
hihihi....kira borong habis-habisan
seperti sotong celup tepung ni...
tinggal seketul...
ini pun kerana nak snap...
mama legi hebat....borong hingga licin...

No comments: