20.10.2014
selepas sarapan kami dibawa ziarah
ke beberapa tempat
mutawifnya pelajar malaysia di madinah
dia menerangkan sejarah
dan menunjukkan tempat2 bersejarah
sepanjang perjalanan
tempat pertama
kami dibawa ke masjid kubah
seperti biasa di pintu masuk berasak2
tapi alhamdulillah dapat tempat
dan dapat solat dengan sempurna
sementara menunggu ahli yang lain
sempat jugalah bergambar
kami juga dibawa ke ladang kurma
(gambar tak berkaitan-lupa nak ambil)
abah membelilah juga
untuk keluarga di tanah air
juga dibawa ke bukit uhud
tapi mama tak pergi ke kaki bukit
kerana cuaca panas dan jauh
jadi mama lihat saja dari jauh
No comments:
Post a Comment