29.9.2014
tak terkata rasa syukurnya ke hadrat Illahi
kerana mama dan abah terpilih menjadi tetamuNya
syukur sangat2
walaupun sebelum ini penuh debaran
menanti berita yang tak kunjung tiba
penantian begitu menyiksakan
dan akhirnya Allah anugerahkan berita baik itu
amin
kami bertolak selepas solat zohor
dan bila tiba di sana dah ada ahli keluarga yang sampai
tapi..tak nampak ahli yang lain
(berdasarkan beg dan telekung)
malah urus setia dari KRS pun tak de lagi
jadi sempatlah kami solat asar dulu
sebelum urusan check in barang
selepas isyak kami berlepas(rasanyalah)
lupalah...tua sangat dah ye...
dan penyakit malas pun ada untuk mencari bahan bukti
hukhukhuk
oooo dah tahu...mengikut sumber mulut
kami berlepas pukul 8.30 malam
dan syukur alhamdulillah
sebelum subuh 30.9.2014
kami tiba di Jedah
ketika azan subuh bas bertolak ke Mekah
pihak mereka tidak benarkan kami tunggu
untuk solat kerana kononnya mengikut jadual
kami berhenti solat dipertengahan jalan.
otw ke mekah
perjalanan terhenti pulak
bas rosaklah pulak...tali kipas putus
nasib baik bas boleh bergerak hingga ke r &r
maka dapatlah kami makan minum
sementara bas ditukar dengan bas lain
kami tiba di mekah ketika umat islam
berpusu ke masjid
ramainya..padat
bas beri laluan pada mereka dulu
Ya Allah...Maha Suci Allah
Setiba di hotel kami makan tengah hari
dan solat zohor di hotel
mama duduk di tingkat 4
dan abah di tingkat 5
kami tinggal ber6 sebilik
alhamdulillah teman sebilik semuanya ok2
dan pada malamnya barulah kami pergi
mengerjakan umrah
iaitu tawaf dan saie
alhamdulillah...syukur Ya Allah
Engkau Maha Besar
dan Maha Mengetahui
Terima Kasih ya Allah
kerana menjemput kami tahun ini
syukur dan syukur
No comments:
Post a Comment