Saturday, September 3, 2011

serupa tapi tak sama


Tanpa mama duga
suatu hari mama lihat beg plastik atas meja
ada sepasang kain
warna kesukaan mama
siapa yang punya???

Mama tanya sana mama tanya sini
akhirnya mazni memberi jawapan
tapi masih kabur...
macam ada rahsia di sebaliknya
mungkin kerana masa mama tanya tidak tepat
kerana ketika itu ada orang di sisi kami

Setelah penyiasatan dibuat
baru mama tahu...
3 orang teman sepakat
untuk membeli corak yang sama
mereka belikan juga untuk mama

Terima kasih semua...
terutama untuk penaja...
Jadi kami membuat pakatan...
pakai baju tersebut pada hari Isnin(awal puasa?)
tapi ....mama lupa...(bukan kerana tua)

Hari ini sekali lagi kami berpakat
memakai baju ini sempena menjelang Syawal
(hari terakhir sekolah sebelum raya)

COMELKAN....HIHIHI
ada cerita disebalik baju ini...
tunggu untuk n3 lain kali

No comments: