Saturday, September 3, 2011

pusara


Pusara....
Tempat ayahanda/tok bat bersemadi
sejak 7 musim yang lalu iaitu pada 12.12.2004
Tapi bagi mama....
mama masih terasa bagai tok bat masih bersama-sama kita
sungguh....
Apa pun mama perlu menerima realiti
Tok Bat telah pergi
pergi buat selama-lamanya
Walaupun perit tapi mama perlu reda
Sehari sebelum kedatangan syawal
ayah cik bersama AJKnya
telah mengunjungi pusara Tok Batmembersih,mencabut rumput
sebagai tanda kasih dan sayang
yang disulami dengan bacaan dan doa


Alhamdulillah tahun ini mama masih mampu
mengunjungi pusara tok bat
moga bacaan dan doa dari mama yang kerdil ini
diterima Allah
Selepas menziarahi pusara Tok Bat di Kg.Raja
Mama ke Kuala Besut menziarahi pusara Tok Ayah
yang telah meninggalkan mama pada 28.8.1988

Pusara Tok Long:
Semoga yang pergi
bersemadi dengan aman
di sisi mereka yang soleh
Amin...


No comments: