Sunday, September 4, 2011

mengusung perut


31.8.2011-Rabu
Raya Kedua @ Merdeka!!!!

Hari ni Tok Mi masak nasi minyak...
tentulah besttt.....

Setelah ayah teh dan keluarga bertolak ke KB
mamapun bersiap-siap nak ke kampung abah.
Ada dua jemputan....

Mula-mula kami ke rumah Pak Su Man
ada kenduri tahlil arwah Tok Da
Di sini mama jumpa mek
(Wan Munah-classmate mama dulu di TMS dan HJ)

Balik aja dari sana kami ke rumah Mak Ngah Esah
Kenduri kahwin cucunya
Di sini pula mama jumpa Halipah(dari KT,mengajar di KL)
Jumpa juga Eni(Rokian-Classmate masa Tingkatan 5)
Seronok sangattt

Balik dari sana mak terima ramai tetamu
nasib baik Mak Usu ada

Petangnya mama gi berurut di Tok Saboh
dengan Cik Ngah...terima kasih Yah
Kata-kata tukang urut -menakutkan
tapi...buat2 relek jee...
Semasa mama berurut abah ke kubur dengan kaum lelaki.

Tok Mi telefon beritahu Ayah Cik balik Kuantan pada petangnya
Semasa mama balik KR Su Nor masih ada
Su Nor bertolak ke SP larut malam ketika mama dah tidur

Mama juga tak sedar bila Chik sampai dari Kuala Pilah
Mama hanya tersedar ketika terdengar Izzat berbual-bual
Rupanya sedang bakar membakar dengan Aqi dan adik.


Abah yang pergi ke majlis tahlil Tok Da
telefon beritahu balik lewat sikit kerana nak jumpa Yazid
Antara sedar dengan tidak mama terdengar abah
beritahu seorang temannya meninggal dunia
Al-Fatihah

No comments: