Tuesday, September 20, 2011

cita rasa anak muda....

Ahad:18.9.11
Dalam hujan lebat mama redah juga pergi
ke majlis kenduri En.Ramli
walaupun hujan lebat tapi majlis tetap meriah
Selamat Menyambut Menantu En.Ramli dan isteri
Selamat Pengantin Baru Hafiz dan isteri
selepas menjamu selera di majlis itu
mama dan cikgu Ha menuju pula ke rumah 'adik kami'
cikgu Lan...masih meredah hujan
Untuk meredakan perasaan mama anggap
mama keseronokan main air seperti zaman kanak-kanak.
Rupanya rumah Lan di tingkat 4....huhuhu
dahlah tingkat 4...kami tersalah tangga pulak
dah naik hingga ke tingkat 3
baru terperasan salah...
turun balik.....hukhukhuk
Bila mama sampai cikgu Alya dah ada
asyik mengunyah biskut...
Masuk aja...mama terkesima(sesuai ke?)
Ye ke ini rumah orang bujang?Hiasan dalamannya
begitu menarik...
cita rasa moden...
ceria...
senang mata memandang...
dan mungkin juga rakan kongsi Ikea
Hiasannya tersusun rapi
kemas...
menarik....
ada nilai seni...
Magenat di peti ais juga tersusun
berpasangan mengikut warna
ada simbolik ke?


Setelah dihidangkan dengan hiasan mata
kami dijamu pula dengan makanan yang lazat
best sangat
tapi sayangnya mama hanya boleh
menjamah sikit aja
kerana baru lepas makan


Selepas menjamu mata dan perut
kami pun minta izin
untuk beredar
tapi mama begitu kagum
dengan anak muda yang
rajin dan kreatif ini..

No comments: