16.9.11-cuti umum - Hari Malaysia
Mungkin kerana itu mama terima banyak jemputan
Mama merancang nak pergi walau sekejap
peluang untuk ketemu teman-teman lama
Rumah Ju
Mama terima mesej dari Ju melalui fb
yang berbunyi
Jemput k.yuszah dtg rumah jumaat ni di alamat
..... Tmn Alam Putra@Alam Sanctuary..Seri Kembngan
belakang pasar borong Selangor dan sebelah perabot valencia/giant
dari jam 2-6ptg tq :))
Mama berkobar-kobar nak gi
kerana dah lamaaaa tak jumpa
sejak dia pindah
Mama berpakat dengan Ha-dia setuju
Tapi sehari sebelum...
mama tukar fikiran-tak jadi pergi
kerana takut makan jem dan langsat lagi....
kerana...mungkin jalan jem dan sebenarnya
kami tak kenal pun tempat tu...
jadi setelah bersetuju kami batalkan....
Maaf Ju....tak jadi
Rumah Liza
mama terima sms dan jemputan mulut dari Liza
ok mama akan pergi kerana
mama dah kenal rumahnya...
tiba-tiba...pada paginya
Inn telefon nangis-nangis-deman dan sakit telinga
Lalu mama ajak along ke CJ bawa Inn ke klinik
Mama siap pakai baju raya...
Ingatkan...lepas tu nak terus ke rumahnya...
Mama sampai Keramat dah pukul satu lebih,,,,
letih sangaaat....tak jadi jugak
Rumah Saadiah
Mama terima jemputan dari jiran mama
Ni kena pergi ni...
Sambutan Hari Raya
dan pada paginya majlis pertunangan puterinya
Juga mama tak jadi pergi kerana hujan dan letih
dan...menunggu seseorang
Rumah Kak Ti
Kak Ti bekas guru sekolah mama
dan jiran mama
juga sms mama selepas asar
Rancangan awal...selepas ke rumaah Saadiah
terus ke rumah Kak Ti
kerana rumah m ereka berdekatan
Tapi....kedua-dua tak jadi...
Rumah Wan @ wahyuni
Kelam kabut nak gi kat Inn
mama tertinggal hp
bila balik...berderet miss call
antaranya dari Wan
Dia jemput ke rumahnya
dan jawapannya....maaf
cresPetang ni juga sebenarnya mama ada janji temu dengan Cres
(bukan jamuan hari raya)
lalu mama call-batal
tak daya....tak jadilah...
Adik @ Chik
Selepas tu adik pula call
ajak ke rumahnya
kerana sangkakan mama jadi nak ke Cres
tak leh....tok cekat....huhuhu....walaupun muda remaja
yang tak rancang tapi jadi
Mama tak rancang nak ke CJ
walaupun pada malamnya Inn dah ngadu dia deman
dia tak nak balik(exam) ...dia nak gi klinik di MMU je
Tapi...pagi ni dia telefon :klinik tutup
Jadi mama dan along terus ke CJ bawa dia ke klinik
Alang-alang tu bawa dia makan Pizza
tapi...hari ini dalam sejarah
dia tak habis pun sekeping pizza
Hari ni deretan rancangan...
tapi...yang ni je
yang jadi....huhuhu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment