Mama anak perempuan sejati
semua sifat keperempuanan ada pada mama
comel?pasti....(walaupun dulu mama selalu diejek Ma doh Di mel)
manja?hihihi...memang kalah Yeng Yatimah(ratu air mata)
lembik?kihkihkih...tepat sekali,mama sering jatuh...ahakk
Memandangkan mama punya sifat keperempuanan yang tinggi
maka permainan mama pun mestilah
ala-ala wanita melayu terakhir
antaranya main masak-masak
antara bahan untuk mama masak
ialah kulit mangis
kulit tu ditumbuk lumat
menggunakan tempurung dan batu ataupun betri lama
hasilnya ialah belacan...
hihihi...kreatif kan?
Ini pula ialah bunga pokok gelam
pokok ni banyak di sekitar rumah tok mi
tapi...mama jarang guna bunga ni
walaupun bunganya agak wangi
Yang ni yang mama cari
Ini sebenarnya buahnya
iaitu hasil bila bunga itu gugur
Buahnya ini mama jadikan lada hitam
hahh...kan hampir serupa...
Bunga ni pula mama tak tahu nama apa
tapi ... ini adalah sotong...
semasa mama main masak-masak...
kenapa ye?
Kihkihkih...yang ini adalah ayam
bukan saja boleh buat sate...
potong dan cucuk dengan lidi..
...malah boleh berlaga ayam..
temukan kepalanya...
dan lihat siapa yang menang...huhuhu
Putik bunga senduduk ini kami
namakan lipstick...
dan ada lagi kegunaannya
mama lupa...
Bunganya ni pun ada kegunaannya...
kenapa ye...mama boleh lupa...
(tak nak ngaku usia sudah lama-hihihihi)
Sebenarnya semua bahan di sekitar
kami akan reka cipta
menjadi bahan mainan kami...
tapi banyak yang dah lupa.
Huhuhuhu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment