Friday, September 9, 2011

A


Jenis darah @ kumpulan darah mama ialah A
Kata orang darah jenis A ialah:


1.Matlamat utama dalam hidup ialah keharmonian dan keamanan
(Ya! itu yang mama impikan)

2. Gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan
gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
(berkumpulan ya....berpersatuan tak pasti...
.mungkin tak punya masa)

3.Bijak bergaul dengan individu di sekeliling
dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang
untuk bekerjasama dengan anda.
(Mudah-mudahan begitulah...)

4.Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda
melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu
yang memiliki keperibadian penyayang.
(menyayangi dan ingin disayangi...ok tak?)

5.Ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja
sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
(degil? degil dalaman....memberontak sesekali)

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan.
Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu,
kesihatan diri pula yang terabai.
(no komen-walaupun bukan artis)

PERWATAKAN
1. Biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.

2. Mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.

3. Berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara
serta merancangnya secara matang dan
melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.

4. Berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.

5. Selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai

6. Cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup .

7. Lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.

No comments: