Monday, September 12, 2011

mangsa- bukan drama swasta

Sejak seminggu ini iaitu selepas raya
kami menerima panggilan telefon
dari menyamar hingga berterus terang
Selepas tu bapanya datang
membawa cerita kepada PK yang meredakan kami
Minta GKSP jumpa anaknya
dan maklumkan
yang dia sedia membantu dari segi kewangan
ingatkan anaknya yang dia masih punya saudara
andainya berlaku sesuatu pada ibunya.
Tapi selepas itu si anak tak muncul-muncul
tak datang ke sekolah
sudah seminggu...
mama menerima berita dari guru tingkatan
yang dua beranak ini ketakutan
kerana si bapa datang menganggu

aduhhh...
mama mula resah teringat wajahnya
sebelum raya
ketika berjumpa mama
tergenang air di kelopak matanya
ketika mama hulurkan sumbangan
Apakah agaknya yang bermain di fikirannya?

Imbas semula hari pertama dia mendaftar ke sekolah
awal tahun ini
dia dibawa oleh jirannya
kerana ibunya sukar bergerak
berkerusi roda.
Ibunya sakit - jantung dan barah

Dia juga kadang-kadang lewat kerana terpaksa uruskan ibunya dulu
Wahai anak...
Dia menjadi mangsa ibu bapa
perebutan....
kenapa perlu berlaku sekarang?

Mama kesihan kerana PMR sudah begitu hampir
22 hari saja lagi
bagaimana nasibnya
jika saat akhir ini dia tidak fokus...
sudahlah selama ini dia banyak tertinggal.
Hari ni sekali lagi bapanya datang
berbincang 4 pasang mata
dari ceritanya...mama mungkin salah menilai
tapi gerak hati mama tetap menyalahkannya
dan ketika sebak bersarang
mama tertanya sendiri
...kenapa anak ini menjadi mangsa?

2 comments:

kaktus said...

semoga segala2nya dpt
diselesaikan dgn baik :)

Unknown said...

itulah...kesihan