Saturday, October 17, 2009

hitam manis adikku

Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Pandang tak jemu pandang tak jemu
Yang hitam manis pandang tak jemu

Hitam manis hitam manis
Yang hitam manis
Paras mu cantik buah hatiku
Siang dan malam selalu ku rindu

Di waktu bulan terang cuaca aaa...
Ku pejam mata tapi tak lena
Yang hitam manis datang menjelma
Yang hitam manis datang menjelma
Kenangan yang menggoda
Aku teringat tika bersama


Itulah adikku Zuhairi Yusoff yang amat aku sayang.
Sejak kecil dia seorang yang tinggi khayalannya,panjang akalnya( kreatif)
Aku masih ingat suatu hari ketika masih kecil kami
sering ke Johor.Jaraknya dari Besut ke Johor agak jauh jika
dibandingkan dengan sekarang kerana belum ada lebuh raya
dan terpaksa menggunakan feri(bukan macam PP,macam rakit kayu je..)
Dalam perjalanan dia sering memberitahu untuk buang air besar(dulu tak de
hentian rehat)Jadi Tok Bat pun berhenti di tepi jalan.Tahu apa jadi...
Dia dengan gembiranya mengutip batu dan bermain-main.Tak "berak"pun.
Alasan untuk berhenti kerana bosan dalam kereta.

Juga dalam perjalanan...kami terpaksa melalui bukit bukau dan cerum.
Rasa ingin tahunya kuat.Ingin lihat apa yang ada nun di bawah cerum
lalu dia berkata alangkah baik jika dia mempunyai leher yang panjang
seperti zirafah pasti dapat melihat hingga ke bawah.Tapi rasanya sekarang
pasti dia sudah tidak mimpikan semua itu.

Masih juga ku ingat semasa kami ke Cemeron Highland,rasanya masa tu dia
belum bersekolah.Berhenti saja kereta di Lata Iskandar(kalau tak silap)
dia terus meluru ke arah air.Dummm basah kuyup dan hampir lemas.
Haaaa dia mengigil kesejukan.Baju tak de...nasib baik Long bawa
baju Ros.Lalu dia memakai gaun Ros..hahaha.Kalau kaktus senja macam
sekarang pasti dia ketawa berguling-guling.


Ada lagi...Suatu hari rumah kami dikunjungi oleh sekumpulan kawan-kawannya.
Ketika itu dia tak ada di rumah(lupa dia ke mana)Mereka datang dengan
jutaan harapan untuk melihat tupai peliharaannya.
Haaaaa lepas je kawan-kawannya berlalu kami tergelak besar.
Adikku oh adikku....
Sebenarnya rumah kami tak pernah ada tupai pun,bayang tupai pun
tak pernah ada.

Zaman kanak-kanak dia kuat main dan lasak.Menyebabkan Mi dan Bat
risau.Lalu pindahkan dia ke Sekolah Kampung Raja.Selepas itu dia
menunjukkan peningkatan kerana dia sebenarnya seorang yang pintar.
Aku masih ingat,kalau aku menghafal sejarah(dulu hafal bukan kemahiran
berfikir) dia sambil main-main,jalan-jalan tiba-tiba dia menerangkan apa
yang aku baca tadi hanya dengan mendengar sepintas lalu....
Oh adikku kita berbeza...

Rupanya semua itu sudah lama berlalu kerana dikau kini juga
sudah senja....(hehehe seorang lagi dapat gelaran)
Usiamu kini dah.........
Selamat Ulang Tahun....
Seoga dipanjangkan umur,
Dimurahkan rezeki,
Bahagia bersama isteri dan anak-anak
Kukuh hubungan kita adik-beradik
Diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat
amin...amin...


Wednesday, October 14, 2009

Hatimu hatiku jua



Hari ini aku terbaca sebuah cerita.
Hatiku turut sayu,sedih dan hiba.(sama ke tu??)
Tak sedar air mengalir di pipi.Sebak dadaku.
Mungkin aku betul-betul sudah tua,aku rasa
aku kembali semasa zaman remaja yang begitu
mudah tersentuh.Aku masih ingat Tok Ayah
pernah berkata aku ni "manja"(suka menangis,jiwa-jiwa)

Tetapi setelah bergelar isteri dan ibu,aku rasa aku
makin kuat.Aku cuba simpan apa yang aku rasa.
Aku cuba sembunyikan.Kadang-kadang aku menangis
sambil mandi.Aku menangis kuat-kuat bersama deruan
air agar tiada yang tahu rasa hati seorang anak,isteri dan ibu.
Aku cuba lindunginya.Tambah lagi dengan kesibukan aku
kadang-kadang tidak sempat untuk memikirkannya.

Tapi kini entah mengapa hatiku begitu cepat tersentuh.
Orang tua kata bila kita dah tua kita berbalik
ke zaman kanak-kanak dulu.Isshh takkan aku seteruk tu.
Aku kan masih muda(kihkihkih)

Aku tersentuh dengan tulisan itu kerana aku juga
merasakan bahawa banyak waktu hidupku aku
luangkan untuk keluarga.Apa saja keluarga didahulukan.
Kadang-kadang terlintas adakah berbaloi pengorbananku?
Aku tahu apa yang kita buat jangan mengharapkan balasan
tetapi......entah....

Apa pun aku sering berdoa agar pengorbananku berbuah segar,
manis dan berkhasiat.Mungkin bukan hari ini tapi esok.
Harapanku moga kita semua beroleh bahagia dalam menjalani
hidup yang entah bila akan berakhir. Amin...

Tuesday, October 13, 2009

temanku guruku jua

Puan Norainum Abdullah ,sekampung dengan CT Norhaniza...
Mengajar Geografi tapi hebat bab intenet
Antara teman yang suka membantu walaupun usianya jauh lebih
muda tapi rasa macam kawan jee....
tapi kini dah naik status dah jadi guru pada yang senja
macam kelas dewasa masa dulu2...

Antara jasanya.....
jeng...jeng...jeng...
terciptalah blog ini....

Dah lama, 2 tahun lepas ke tahun lepas
dia tolong buat email,ajar lagi...
tapi tentu dia kecewa kerana aku tak reti nak guna
aku rasa bukan aku lemah tapi
tak pernah guna jadi lupalah(helah bela diri)

Satu lagi perkembangan
Aku/kami(hehehe) jumpa blog si bongsu
apa lagi bermaharajalelalah kami
ampunya diri diam...
dia penakut...jadi bila tahu kami
jadi gang 007 dia mula slow...sloww

kami pula dah "terkena" virus blog
mula cari jalan nak buat blog sendiri
SEbenarnya mula2 anakanda Nazirol dah
ajar tapi belum betul2 tahu dia dah balik Dubai
kira belajar tahap tadikalah tu(TQ yol..)

Belajar pula dengan anakanda Izzat
Dia ajar tapi agak sibuk...
tak bolehlah belajar dengan anak
sendiri asyik nak ajar jalan pintas jee..
Tapi berguru hingga tahap UPSR kot

Aku tak boleh kalah
Cari guru lama
temanku,adikku,guruku...
masa free soksip soksip kat meja dia
hingga ada yang curiga
main game kee....
heee kami tak buang masalah...
inhouse......

dia ajar hingga aku dah dapat hobi baru
dah boleh meluah rasa ...

Terbaru ...
Aku ulangkaji buka email,hantar email(hal PTK)
ooiiii aku dah boleh....
TERIMA KASIH DAUN KELADI NUN...
walaupun dia tak baca...
aku rasa lega dapat meluahkan

juga terima kasih kepada SEMUA pakar rujuk
yang sudi melayan tak kira masa...
heeee ajarlah daku,bimbinglah daku....

Friday, October 9, 2009

kita lebih tahu




Ubah suai lagu aku lebih tahu daripada Mila:
Jangan marah ye mila...
saja2 nak cuba jadi penulis lirik
tapi jadi peng .. ubah lirik
hehehe
jom kita hayati lagu ini...

Ku tahu
dia bukan lawan untukmu
sampai kau harus cemburu
Fikirkan dirinya

Bukan mahu
cuba dabik dada dgnnya
siapa dia kasihmu
kau lebih tahu

Luar dan dalam
tiada rahsia
lafaz dan diam
dah pun kaubacanya
langkah dan ragam
hanya pencinta bahagia

(chorus)
Dalam cinta harus saling percaya
dalam cinta harus berani pasrah
dalam cinta harus janganlah goyah
dalam cinta harus sejiwa
dalam cinta harus saling percaya
dalam cinta harus berani pasrah
dalam cinta harus janganlah goyah
dalam cinta harus sejiwa
saling percaya

Ku tahu
dia bukan lawan untukmu
sampai kau harus cemburu
pikirkan dirinya

Bukan mahu
cuba dabik dada dengannya
siapa dia kasihmu
kau lebih tahu

budi dikenang

Selepas saja cuti raya aku terus pergi mesyuarat.Kali ni mesyuarat di KL
saja iaitu di Vistana.Sebenarnya Vistana bukan asing untukku,hanya 15
minit dari rumah.Ini juga bukan kali pertama aku ke sini.Tetapi biasanya
aku ke sini kerana jamuan akhir tahun atau jamuan hari guru.
Jadi biasanya aku hanya datang ke sini berlenggang lengguk tanpa
membawa apa-apa.Biasanya juga aku menumpang teman-teman
tanpa memikirkan masalah tempat parking.Kali ini aku memandu
sendiri.Selepas aku meletakkan kereta aku mengusung beg dan
mencari lif ke lobi tapi semuanya menggunakan tangga.Oii mengeluh
kuat aku tambah lagi melihat seorang pemuda yang baru meletakkan
motosikalnya lalu menuju laju ke arahku.Aku mula terbayang
macam-macam.

Terkial-kial aku mendaki anak tangga sambil mengusung beg yang
berat dengan pelbagai barangan termasuk sterika dan sebelah tangan
membawa laptop.Termengah-mengah aku yang sesenja ini tambah
lagi perasaan takut mula menular apabila melihat pemuda tadi betul-
betul di belakang aku.Pemuda tadi tiba-tiba mengambil beg beratku
lalu membawanya sambil tersenyum.Aku tak terkata.Apabila sampai
di tangga paling atas dia membuka pintu untukku dan meletakkan
beg di tepi lalu terus berlalu.Aku memanggilnya dan cepat-cepat
mengeluarkan sekeping wang.Dia menoleh dan hanya tersenyum.
Sepatah katanya,"tak yah,"sambil terus berlalu.Aku hanya mampu
mengucapkan terima kasih dan melihat dia hilang dari pandangan.


Aku bersyukur kerana dia sudi membantu tanpa ku duga malah aku
rasa bersalah kerana pada mulanya aku prasangka padanya.Dan aku
kagum rupanya masih ada remaja yang mempunyai nilai murni.
moga generasiku akan terus segar dengan nilai murni kerana budi
bahasa budaya kita.Aku teringat pantun lama:

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga

Thursday, October 8, 2009

salam perantauan

salam dari Akita
Salam Aidilfitri dari perantauan ini disiarkan dalam utusan malaysia.

2004-tak dpt gambar lagi(disiarkan pada 20 november 2004)


2005


2006

2007

Wednesday, October 7, 2009

angin sakura 2004


Hari ni aku balik awal sikit, pukul 3 dah sampai rumah,
jadi aku ada masa sikit untuk kemas barang lama
yang terperat di satu sudut tak berusik.
Dah lama berniat nak kemas tapi tak jadi-jadi.Sibuk
memanjang mengalahkan PM.

Semasa aku menyelak fail-fail lama aku terjumpa satu
clear holder.Aku membaca isinya.Berbaur perasaanku
tika itu.Aku tak pasti.Aku terbaca salinan email yang
dihantar oleh along kepada Emi ,adik Nor dan anak2
yang lain ketika dia jauh dari kami.
Tika itu aku tidak tahu berinternet.Jadi mereka yang lebih
ke depan telah menjadi perantara lalu diprintnya untukku.
Kerana rindu,kerana sayang lalu aku simpan salinan itu.

Aku cuba mencari tarikh email ini dikirim tapi tak jumpa.
Hanya ada tercatat 2004 saja iaitu 5 tahun lalu.
Jadi aku terfikir untuk menyalin semula bingkisan itu
ke dalam blogku supaya terus kekal dalam memori.


Email 1:

akum...

kat sini sejuk average 7-12 darjah
malam lagi sejuk
along x masuk u lagi,tapi tinggal kat rumah senior
sabtu depan baru masuk u
kat sini baru makan nasi (onigiri)
semalam senior bawa round2 kat Akita...
makan sotong kurita goreng cicah sambal pedas...
sedap tapi mahal sikit.

Sorry aaa,gambar tad der..
malas nak beli camera sbb nak beli hand phone dulu


Email 2

akum...
along sekarang ni tinggal kat rumah senior yang kacak dan tampan...
rumah mereka besar gak kalau dibandingkan dgn asrama along
esok baru nak start pindah barang-barang dari rumah ke asrama

oh ye, along dah beli basikal baru.mountain bike lagi...
harganya lebih kurang 60000 yen @ RM 2000 saja.

along dah buat inkan(macam signature la) , jumpa sensei yang akan
tolong along kat sini dan ambik kunci asrama.
insuran kesihatan dan ic orang asing pun dah buat
senior yang tolong buatkan pasal along belum pandai
dialek kat sini

pasal singgam tu,along tak buat lagi coz tak pindah ke asrama lagi kan..
akaun bank pun tak siap lagi

along nak beli komputer kat sini.bosan kalu tak de komputer
tanya mama ngan abah,berapa nak sponsor?
Harga komputer kat sini lebih kurang 150000yen hingga 200000yen
hah,convertlah sendiri...

kat sini sejuk sangat.bergunalah jugak baju sejuk tu
kalu malam tak pakai toto tebal,jadi ikan dalam peti sejuklah jawabnya...
along akan kirim gambar kalau semua dah setel kat sini...
nak beli hp pun kena ada kad pelajar...
lambatlah sikit...

macam mana dg study?
along ada tip tau...
kalu nak senang faham,tulis balik nota tu berulang kali
mesti ingat maa
belajar sungguh2 dan jangan lupa masak singgam

kirim salam kat abah,mama dan adik2
kirim salam kat semua aaahh...
kalu ada masa along tulis email lagi
akum...

bersambung....nak masak

Thursday, October 1, 2009

mak jah

LIJAH AWANG BESAR(MAK JAH)


Seorang yang penyayang dan rajin.
Dengan berkerusi roda dia dapat mengurus rumah tangga.
Membasuh,memasak dan menyapu dll


Bermanja dengan DikNor dan Abe Sapuan


Walaupun sudah tidak boleh berdiri dan berjalan dan berkerusi roda
dia tetap rajin-melipat kain,kupas bawang
dan apa saja yang boleh dibuat sambil duduk

bermain dengan cicit

bermanja dengan cucu

menanti ketibaan anak2,cucu2 dan cicit2.

walaupun dah tak berapa kuat tapi sempat
ikut serta masa konvo mama pada tahun1985
di USM

tok ayah


Banyak kenangan indah bersama Tok Ayah.
Aku bersyukur mempunyai datuk sepertinya.
Aku dapat merasai kasih sayang,
dapat menikmati zaman kanak-kanak yang tidak ternilai
dan mungkin takkan ku peroleh lagi kenangan seperti itu.
Sebenarnya pada awalnya aku hanya memanggilnya ayah
kerana keakraban sebagai cucu sulung.
Tetapi selepas adik-adik lain membesar
aku mula terikut-ikut memanggilnya tok ayah.

Sewaktu kanak-kanak aku banyak menghabiskan masa
bersama tok ayah dan mak Jah.
Masih terngian-ngian di telinga batuknya
yang beralun bersama azan subuh.
Apabila terdengar saja suara itu aku bagai disambar petir
terus bingkas bangun.
Dia bagai alarms buatku.
Kenapa?
kerana seperti biasa aku akan mengekorinya
menyusuli pantai selepas solat subuh.
Dia akan menebar jala dan aku akan membimbit
hasil tangkapan yang telah diikat dengan tali.
Kadang-kadang sambil menjala datuk menusuk-nusuk
tanah dengan kayu dan terjumpa telor penyu.Best...

Masih terbayang pasir memutih,
alunan ombak yang merdu,
tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.
Sungguh indah tika itu yang kini tidak mungkin
dapat kukecapi lagi bersama tok ayah.
Malah aku juga pernah bersampan
dengan tok ayah ke rumah mak besar.
Sekarang aku tercari-cari alur itu.
Sudah tiada lagi,ditimbus dan dibina rumah.
Aku sudah banyak kehilangan bahan bukti
bersama tok ayah iaitu perahu , jala dan lain-lain
tetapi memori bersama tok ayah takkan padam.

tempat jatuh lagi dikenang



Pada hari raya ketiga aku bersama mi,adik dan Haris
ke rumah Cik Nab.Rumah ini asalnya rumah Tok Long
iaitu rumah nenek saudara mi yang terletak di hadapan
rumah tok ayah dan mak Jah sebelum berpindah
ke rumah baru di Gertak Seratus.

Di sini aku membesar dengan penuh kasih sayang
dan diselimuti memori indah walaupun mungkin
tidak seselesa sekarang.Keadaan di sini sudah
jauh berbeza.Tiada lagi telaga di luar rumah tempat
kami bermandi -manda walaupun airnya agak payau.

Tiada lagi pagar yang memisahkan rumah tok long
dengan rumah mak.Pintu pagar yang gah suatu ketika
dulu sudah tiada.Bentuk rumah asalnya juga sudah tidak
kelihatan .Dulu tangganya tinggi di perbuat daripada batu.
Gah ketika itu.Dari tangga itu jugalah aku pernah jatuh.
Dulu ada 2 atau 3 pokok ninja tapi kini tiada lagi.Dari
pokok ninja juga aku pernah jatuh dan terseliuh tangan.
Baruku sedar rupanya dulu aku juga lasak ataupun lembik.

Buah jambu yang bertaburan jatuh ke dalam koloh juga
telah tiada.Tiada lagi pukat yang dibentang di bawah pokok
untuk menahan jambu dari jatuh ke tanah.Dulu aku rasa
tanahnya luas untuk aku berlari-lari dan bermain tapi
kini terasa amat sempit.Adakah kerana rumah yang dibina
kini semakin besar atau aku yang semakin membesar.

Sayu hatiku apabila aku mencuri pandang ke rumah lama
mak.Nampak begitu tua mungkin setua pemiliknya.Terasa
aku ingin menjejakkan kaki ke sana tapi aku lihat ramai
saudara mara penyewa yang ada di tangga rumah.
Laluan di depan rumah mak juga terasa terlalu sempit.
Dulu di situlah kami menjemur kain.

Aku amat berharap untuk naik ke rumah itu suatu
hari nanti sebelum aku meninggalkan alam ini.
Sudah berpuluh tahun aku tidak menjejaki rumah yang
banyak menyimpan memori kasih sayang itu.
Setiap sudut rumah itu masih jelas di ruang mataku.
Aku amat merindui rumah itu dan pemilik rumah itu.Huhuhu...