Hari ni tak banyak cerita.Pagi-pagi abang keluar jalan2-ala2 joging.
Seperti biasa aku dengan Mi turun makan.Along dan Emi tidur hingga
tengah hari.Abang balik dengan membawa cerita kenapa Sibu terkenal
dengan lambang angsa.Itu merupakan tanda tanya (bukan teka teki)
kami kenapa banyak patung dan gambar angsa.
Rupanya mengikut legenda pada masa dahulu penduduk sibu
susah tetapi mereka baik hati. Walaupun susah mereka memberi
makan angsa yang ada di Sungai Rajang.Sebagai membalas jasa angsa
telah mengajar penduduk sibu cara mendapat sagu yang banyak
tumbuh di situ.Maknanya dia memberi rezeki kepada penduduk.
Itulah alkisahnya....
Apabila mereka bangun kami meneruskan acara kami.Along tak nak ikut
kerana badan kurang sihat.Sebenarnya aku pun rasa kurang sihat tapi
buat2 kuat. Balik dari ronda2 aku bum tidur walaupun sesekali terdengar
sayup2 suara Mi dan Emi bercerita.Tidurku terganggu bila mendengar deringan talifon.
Cikgu Abdullah memberitahu dia ada di lobi.Kami bertiga turun dan pergi
minum2 warung tepi hotel.Dia bawa kek buah dan kek holiday Inn
(betul ke?tak pasti!!!)
Di sini kami tak beli apa2 kerana tak ada apa yang menarik.Pagi tadi abang
beli juga kek lapis sarawak pasal ada kawan di sekolah yang mengandung
tersebut suruh beli.Kasihan takut babynya belenjor air liur.....hehehe.
Tapi rasa tak berbaloi kecil je RM17.00.
Setelah mereka balik kami naik ke bilik dan aku dengan abang ke pasar
malam. Niatnya nak beli sesuatu untuk adik2.Tapi tak ada yang menarik.
Rugi lagi.....lepas tu barulah turun tulis blog setelah tunggu along baca
emailnya.
Risau juga bila tengok Emi sesekali tersenyum sendiri.hehehe.Malam ni
rasanya nak cadangkan dia supaya suruh Jaga cuti pasal rasanya pasti
malam ni dia berjaga lagi kerana tadi dia dah banyak tidur. Bisnes2 jugak
tapi jangan lupa tidur,jaga kesihatan.....
Bila aku melawat blog2hari ini ,hatiku lega dan tumpang bahagia.
Moga kembang2 cinta terus mewangi....
5 comments:
Bestnya kek lapis sarawak....
Kenapa emi senyum sorang sorang ni...bahaya bahaya...hehehe
rupanya di sibu tak de kek
lapis mcm kucing
tipu.!!!....tak kira nak kek serawak juga....hahaha
senyum pasal cukup tido...
sumpoh!!!dsibu xdok kek serawok..adapun x sedap..hehhehe
Selalunya senyum sorang-sorang tu, ada benda lain....bukan nya senyum pasal cukup tidor ..... hehehehehehe..
itulah firasat ku..nakk jadi nujum ni.... baru khatam 1 kitab, ada lg 8 buah nak kena baca...hehehehe
Post a Comment