Mula-mula melangkah ke AFoamosa Resort pada petang 26.10.09
aku beratur untuk mendaftar bilik,menyerah kertas kerja,
menyerah bahan Power Point untuk tugasan kerja,mengisi
borang dan... dan... dan... akhirnya aku lega.Selesai babak 1.
Bilik 2322 jadi bilik penginapan.Apabila masuk aku lihat gambar
tergantung di dinding.Uuuuuuuu tenang,rumah idaman.
Daripada tingkap mata terpaut pada
lambaian daun kelapa.Aman,tenang,di sini
aku belajar dan baca,entah yang mana
akan diuji.
Selepas itu kami diberi tajuk kumpulan.Kumpulan kami
mendapat tajuk:
Tiada dulu tiada sekarang
Tiada guru tiada orang
KOHOT 5/2oo9 bertajuk Smart partnership between private
enterprise and public schools.Aku calon keempat.Aku kagum
dengan kebanyakan calon yang bercakap begitu lancar dan selamba.
Aku???Hahaha ok jelah.....
Tiba di bilik ,selepas solat aku lihat ada miss call dari Puan Pauziah.
Aku call balik,sebenarnya dia ada hajat tetapi apabila dia
mengetahui aku menghadiri PTK dia terus memberi tip-tip
yang dia dapat.Syukur alhamdulillah.walaupun ada
antaranya yang aku telah tahu tetapi ia menyegarkan semula
seolah-olah aku diberi pengukuhan.Syukur Ya Allah.
Dia mencadangkan aku menghubungi seseorang.Ya aku adalah aku.
Aku segan.Lama aku mengambil masa untuk menghubungi dia.Pelbagai
perkara bermain di minda.Akhirnya aku beranikan diri untuk hubunginya,
tetapi hanya melalui sms.Takut,segan...dan aku menerima balasan smsnya.
Terharu menerima sms daripada orang yang telah lama jauh...
Jika dia lupakan aku pun ,aku tak hairan kedudukannya yang pasti sibuk
dengan pelbagai urusan.Tapi dia menghantarnya di saat aku termangu-mangu.
Smsnya berbunyi:
Ya Allah,anugerahkanlah kejayaan cemerlang kepada insan
yang aku kasihi ini.Berikanlah balasan baik yang setimpal
dengan jasa dan pengorbanannya.Kabulkan doaku YA ALLAH!
Aku terharu..... tapi bersemangat....
28.10.09 pukul 8.00 pagi bermula satu lagi debaran.
Pembentangan individu-PENILAIAN PENGURUSAN KERJA.
Kami dinilai oleh dua orang penilai. Aku memilih sekolah
berwatak iaitu hoki.Tajuk ditukar di saat akhir,mulanya aku
nak buat Karnival Jualan tetapi akhirnya tajuk ini aku cuba
bentang moga memenuhi kehendak........
semua ahli memberi komitmen yang baik.
aku teringat antara dailog yang digunakan
tiada dulu tiada sekarang
tiada guru tiada orang
ada sekarang ada dulu
ada orang ada guru
dulu dan sekarang dalam ingatan
guru dan orang saling berkaitan
tenang2 air di laut
sampan baru mudik bersama
hati mengenang mulut menyebut
budimu guru abadi selama
tayangan video dan menulis kertas renungan
selama 1 jam 15 minit.
Setelah berehat buat seketika,kami diuji
pula dengan penilaian bertulis.Kami diberi masa
1 jam 20 minit untuk menjawab 2 soalan.
Selepas itu husssss lega.
No comments:
Post a Comment