Monday, November 9, 2009

hari minggu di sibu





8.11.2009


Selepas sarapan kami membuat keputusan

untuk ronda2 lagi.Abang tarik diri pasal ada

kawan nak jumpa.Kami berempat memulakan

perjalanan ke Sibu Jaya,kerana menurut Am

(ibu saudara Alzalia) di situ ada jual kraf tangan

untuk dijadikan buah tangan untuk yang ditinggalkan.
Sibu Jaya menghala ke lapangan terbang,kawasan baru.

Di sini kami jumpa dua buah kedai kraftangan.Kedai

pertama aku terus cekup apa yang patut.(pakar

bahagian ini)barulah berjaya membeli ....hehehe.

kedai kedua tak beli apa2,harga lebih mahal dan

yang berkenan dah beli.



Dari situ terus ronda2,pemandu kami hebat,penuh
keyakinan terus redah tanpa peta kali ini.Ada papan

tanda yang menjadi tanda tanya kami lalu kembang

pagi(pemandu) menuju ke arah itu.

Rupanya pusat latihan sukan dan pusat kebajikan kanak-kanak.



Perjalanan tidak terhenti di situ,terus mencari arah.

Jumpa hotel kami semula ,dari situ Emi telefon temannya

tanya tempat makan yang menarik dan sedapppp.Hari

ini kami tergelak besar rupanya jarak semua tempat yang

kami jelajahi sibu bersama peta tempoh hari hanya sekitar

hotel saja.



Seterusnya kami ke Rafie Cafe seperti yang dicadangkan.Mi

nampak lebih seronok kerana kedai ni tempat jalan2 Cari

Makan.Banyak gambar artis yang terpampang

(ala-ala Bandung dulu)Tambah lagi gambar mama rina

pun ada.hahaha

Di sini kami cuba makanan yang berbeza untuk rasa.Laksa

Sarawak yang aku pilih best....Yang lain cuba Mi kolok goreng,

mi kolok biasa dan mi kolok istemewa.Semuanya kata best....

bawa balik nasi ayam goreng untuk abang dan along masih

bawa bekal makanan walaupun dah makan.hahaha.

Petang Abang ajak aku jalan2 pasal hari ni dia tak ke mana2.

Kasihan dia.Masa jalan2 tepi jeti dia meluah rasa.sabar jelah

dan terus berdoa agar anak2 semakin matang dan memahami

perjalanan hidup dan pengorbanan.Air matanya mengalir lagi

-kini hatinya mudah tersentuh dan sansitif(53 tahun hehehe).

Aku tak......hahahaha




Lepas solat maghrib keluar makan tempat tadi,kata mi pasal abang

belum pergi tapi rasanya mi memang suka tempat tu....hehehe.

Lepas makan ,Emi bawa ronda2,mi mula gelisah,takut pasal banyak

tempat dah sunyi ketika jam pukul 9.00 malam.rasanya memang

tak leh nak banding dg Kl.Tika ini kami baru jumpa tempat yang

kawan Emi cadangkan,dekat masjid besar Sibu dan penjara sibu.

Katanya makanan di sini sedap...esok masih ada.



BEST MENJILAT BIBIR....


Balik ke bilik,bincang sikit2 pasal bulan 6 nanti.Risau jugak tapi buat2 cool.

Banyak juga yang diperkatakan.Lepas tu aku turun ke lobi,ingat nak tulis

blog,tapi hanya sempat melawat blog2 pujaan ,mata dah mengantuk.

Tinggal Emi seorang.Pasti dia ditemani atau dia menemani jaga hotel

kerana pukul 5 pagi baru dia naik ke bilik dan hingga kini hampir pukul

11 pagi dia belum bangun lagi.Begitu tekun dia berkerja tak kira di mana.



Sebenarnya begitulah dia semasa di sini kecuali hari yang pergi Meludam,

balik dari sana dia tertidur hingga pagi.

Tahniah adikku...tapi jangan sampai lupakan kesihatan...

No comments: