Sunday, November 8, 2009

Memori di Sibu



5.11.2009(Khamis) - 4 pagi


Bertolak ke Ceras ambil Mi dan Emi.Syed hantar ke LCCT.


Terima kasih Syed.Setelah 2 jam dalam penerbangan


alhamdulillah kami sampai di Lapangan Terbang Sibu.


Naim kawan abang datang ambik dan kami sewa teksi


(tak muat,bukan kerana besar tapi bilangannya ramai)
Tiba di Hotel Premier dan turun makan tepi hotel.
Hari ni tak ke mana,rehat je kat bilik.
Tapi sempat juga singgah tempat biasa
iaitu Farmasi(United Medical Hall)Apa lagi,Mi pun memboronglah,
malah pakai terus di situ.
Hehehe aku pun....tapi guna kat hotel.
6.11.2009(Jumaat)
Ronda-ronda bandar Sibu.Siap dengan peta.
Singgah Sibu Central Market,Along kata nak
beli kraf tangan,aku pun.Bila sampai hahaha
dapat satu teka teki yang tak boleh dijawab
oleh bijak pandai hingga hari ni(8.11.2009)

Dan sekali lagi gelak kahkahkah,ingatkan seperti
Centeral Market kat KL,rupanya pasar besar.
Pasti kaktus dan si bongsu ketawa guling2 kalau
mereka ada.Tak de apa yang kami
boleh beli.Rugi....duit tak habis(hahaha lagi)
Ada sejenis buah yang tak de kat semenanjung.
ramai yang membeli,emi cuba katanya tawar heber..
Lupa nama buah tu...



Kejap je kat sini,pergi pula ke kampung melayu
iaitu Kg Datok,ala-ala Kuala Besut(tandas macam rumah
mak jah dulu)dalam ngaban.Zu pasti ingat,Adik ingat?
Emi dan adik Nor sorrry U all belum ada-unik
(hehehe lagi.)


Pas tu kami buat acara wajib iaitu makan....
Cari punya cari ,akhirnya kami makan ayam penyet.
Lepas tu kami bergambar di tepi Sungai Rejang.

Nampak bot,kapal dan senasib dengannya.
Lepas tu ronda lagi.Jangan jeles...
Pekan Sibu tak luas hanya beberapa jam kami dah
habis tawah.
Kami teruskan perjalanan keluar dari bandar sibu
hingga ke Jambatan Lanang.Kamikan orang hebat2
bila nampak papan tanda ke Sarikei kami sepakat
nak terus terjah ke sana.Kami melalui satu tol
RM3.00.

Pemandangan sepanjang ke sana dikelilingi pokok-pokok,
nipah,belukar dan hutan.Jalannya ok tapi seperti Jalan Semerak
nak ke Pasir Putih dulu-dulu.Tanahnya tak rata,tanah lembut


kerana nipah ada hampir sepanjang perjalanan.Kadang-kadang
rasa macam menunggang kuda(sebenarnya tak pernah tunggang
kuda pun.hehehe lagi)

Tiba-tiba kami terima panggilan daripada Cikgu Abdullah
(bapa saudara Alzalia)Dia berhajat nak jumpa kami di Sibu.
Apabila kami nyatakan kami menghala ke Sarikei,dia jemput
kami singgah ke rumahnya di Bintangor.Masa tu kami dah
lepas Bintangor jadi kami janji untuk berjumpa di sarikei.



Mula-mula sampai kami membuang air seni(bahasa klasik yang indah).
kasihan Mi,sambil berdiri(syyyy).Kami mencari-cari bank yang
Haris pernah kerja-tak jumpa(padahal Sarikei taklah sebesar Jerteh)

Kami ke pengkalan(jeti)Terminal satu depan pasar.
Berehat bawah pokok sambil menunggu Cikgu Abdullah.

Di sini kami dapat satu lagi teka teki.ohhh mengapa tak de
orang yang hebat kali ni.(hehehe lagi).


Cikgu Abdullah dan isteri datang,baik orangnya.Minum2 dan
ke Bintangor rumah mereka.Mesra,baik orangnya.Lega hati .....
Balik ke hotel dengan hati yang lebih tenang
Moga misi kami seterusnyadiredai Illahi .Amin.

No comments: