Sunday, November 8, 2009

membawa hajat



Puku 4 pagi dah bangun dan bersiap
demi membawa hajatanak kesayangan.
6.35 bersama Mi turun makan.
Emi danAlong makan di KFC...
Abah tak lalu makan
kerana menunggu abang2 Azalia datang,
seperti yang dijanji
pukul 7.00 mereka datang ambil di hotel.
Mereka pergi makan di Kedai Normah
(ingat...kerana di situ antara tempat yang sering kami kunjungi)
Pukul 7.45 pagi kami bertolak dari hotel menuju ke Meludam.
Kami melintasi Bintangor lebih kurang pukul 8.35 pagi.Sepanjang perjalanan,pemandangan lebih kurang macam selepas Kg.Raja ke Gong Kepas dulu-dulu ataupun mungkin lebih kurang Kuala Krai ke Gua Musang.(Pemandangan iniaku lihat semasa balik,masa pergi banyak terlena,bukan tidur...)Kami tiba di jeti /feri lebih kurang pukul 9.45.Tiba di sana alhamdulillah feri dah ada dan kami lihat Cikgu Abdullah ada di belakang.Rupanya mereka ikut dari belakang.Semasa di atas feri Mi dapatlah bertanya khabar dan tanya cara-cara. Dari jeti ke meludam lebih kurang 20km dan
kami sampai pukul 1015 pagi.
Lega kerana sambutan baik daripada mereka.

Mi jadi pemudahcara,perunding.
Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Kata sepakat dibuat,majlis seterusnya
pada bulan 6.Kami dijamu air serta karipap dan wajik.
Aku mula dupdapdupdap.Selepas itu hussssssssss lega.
Kami dijamu nasi sebelum balik.
Keseluruhannya aku bersyukur.

Masa nak balik Cikgu abdullah,Haji Dahlan dan bapa Alzalia
bawa kami ke jeti nak ke Sembuyau iaitu jalan dekat nak ke
Kucing.Guna Bot laju.Sungainya luas...aku rasa orang senja tak
digalakkan menggunakan bot ini.Hafiz ok kot...itu pun kena
fikir 2x kerana bimbang lebih muatan.
Tuang2 dan puang2 sila sediakan cuti.hehehe hanya untuk
majlis,jalan2 rasanya kureng sesuai...Satu hari dah cukup untuk
ronda and ronda.


Semasa balik kami singgah di Sarikei ,masa ni baru kami jumpa
Public Bank.Kami singgah minum dan makan roti telur dan roti
sardin.Cari Kedai nasi dagang,tak jumpa.Kami sampai ke hotel
lebih kurang pukul 7.30.Semua orang macam pengsan termasuk
kembang pagi-tertidur sampai pagi.Aku je sempat turun kejap
ke lobi untuk tulis blog-mungkin kerana hati dah lega kerana
hajat anak telah tertunai.


Cuma mama harapkan moga anakku ini
menghargai cinta mereka hingga bila-bila.
Sukar untuk merentas lautan,rimba dan danau
moga cinta kalian hingga ke mati.
Jangan ada orang lain selain
dia,jika itu pilihanmu.
Tetapkan pendirian dan iman kerana
tiada insan bernama wanita
yang ingin kasihnya dikongsi.
Mama dan abah malah seluruh keluarga kita
restui cinta ini...
semoga terus bahagia ke akhir hayat.
Amin

5 comments:

kasihredha said...

ingatkan hafiz yg dupdapdupdap..rupanya mama yg berdebar2

Unknown said...

dupdap takut bonda komen sesuatu...

chalk is talking said...

Alhamulillah...
Moga cinta mereka bersatu dgn redha Nya dan restu keluarga..
Moga kasih mereka berkekalan selama-lamanya...

P/s: Masih xdapat selesaikan teka teki itu..huhuhuhuhuhuhu

SHAZ said...

Semlm tulis comment tp x sempat post waktu internet dah habis....kena tutup le internet pasal kita yg buat rule, nanti anak2 complen lak... hehehehe

Hm....jgn risau kakma, semua akan berjalan lancar. Kita ada semua org kuat - Mi, adik Ani & Syed, Emi & Asha , Abd Di & KakNa dan puteri bongsu sekelamin.....

Unknown said...

terima kasih semua....
sokongan moral amat dihargai..