Assalamualaikum..
Terima kasih pengerusi majlis
Yang
berbahagia Tn.Hj Samiah Samiyo Ketua Pemeriksa BM2,
Yang
berusaha Tn. Hj. Che Jusoh Ismail
semua
urus setia
Teman-teman
KPB
dan
teman2 Ketua Pasukan yang dikasihi
Pada
kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn.Haji Samian
yang mengemudikan BM2.
Kerana sepanjang tempoh saya mengenali beliau
,
beliau tidak kering dengan idea dan curahan bakti
susah senang sama dikongsi
tidak
lokek pendapat diberi ,
rasional
bertindak berhati-hati
pemurah….sering
memberi ,
tegas
tapi baiknya hati
bahkan
seorang pendengar dan juga pemerhati
Terima
kasih Tuan Haji.
Terima
kasih kepada teman-teman KPB
Yang
rasanya sebati bagai saudara,bagai keluarga
Terima
kasih kerana sering meminjam bahu,meminjam telinga
Terima
kasih segunung intan
Itu
tandanya teman
Terima
kasih seluas lautan
Kerja
susah menjadi ringan
Terima
kasih semerdu suara
Kerjasama
tanpa berkira
Terima
kasih setulus hati
Moga
usaha Allah berkati
Terima
kasih juga buat teman-teman Ketua pasukan
yang
sama-sama susah dan senang sepanjang
kita berkampung.
Yang
menjadi penyeri setiap tahun
Terima
kasih kerana memberi kerjasama,bantuan dan sumbangan
Yang
tidak tertanggung
Terima
kasih kepada adik-adik
Yang
pernah bersama-sama berbincang,meneliti,
mencatat
dan menanda dalam kumpulan B0400 dan W1000
Walaupun
sering bertukar ganti
Berubah
angin berubah rasa
Tapi
apabila berjumpa tetap mesra…
Terima
kasih juga buat urus setia
Walaupun
tak sempat bermesra
Tapi
dari jelingan mata
Terpandang
manis jelita
Muda
teruna
Terima
kasih kerana banyak membantu
Melicinkan
tugas rasmi ini
Juga
saya ingin memohon jutaan maaf
Andai
kata saya pernah
Tersasul
bicara tersalah tingkah
Moga
tiada terguris hati , terluka jiwa
Dan
pada tahun2 mendatang
Tika
teman2 berpeluang berkumpul lagi begini
Tika
tekun mengalas amanah
Ingatlah
saya yang pernah bersama2 teman2
Yang
mungkin tika itu sedang menangung rindu
moga ikatan yang terjalin ini
takkan terputus hanya di sini
jika sudi kutiplah sisa-sisa memori
jika sudi kutiplah sisa-sisa memori
Simpan kemas di sudut hati
Moga kukuh ukwah nurani
Teman2
Restu saya tak pernah alpa
Restu saya tak pernah alpa
Agar
kesihatan kalian tetap terjaga
Agar
hidup kalian bahagia sentiasa
Agar
segala budi dan jasa
Dirahmati
Yang Maha Esa
Sepanjang
usia
Kata
orang,
yang
bertunas ada luruhnya,
yang
muda ada tuanya,
yang
hulu ada hilirnya,
yang
pasang ada surutnya, dan
yang
datang pasti akan pergi jua
Jadi saya
mohon berundur dulu.Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment