pagi-pagi mama dihulur puding caramel
oleh bakal pengantin...
manis seperti orangnya
jadi pagi mama bermula dengan
lemak manis...
beredar pula ke tapak perhimpunan
memberi sokongan moral
untuk anak-anak yang bakal
berjuang di dewan peperiksaan
tanpa diduga ketenangan sekolah
tiba-tiba berubah corak
kami didatangi jemaah nazir...
terasa kedatangan mereka kali ini ada kelainan
cara bercakap,cara menyoal
agak berbeza...
bukan bentuk teguran..bukan bentuk pengajaran
bukan bentuk teguran..bukan bentuk pengajaran
bukan cara budaya penyayang...
bukan berbentuk sekolah penyayang...guru penyayang
betul ke cara tu?
wajarkah?
betul ke cara tu?
wajarkah?
cubit peha kiri peha kanan terasa juga
terasa sama sakitnya peha...
bukan setakat peha kanan
seluruh anggota badan terasa sakit
ohhh...
dah puluhan tahun mama berkhidmat
hari ini dalam sejarah
mama mengalaminya...
moga...kesudahannya tidak seteruk ini
2 comments:
wow...sempat snap ek.hihi
hiiii bahan bukti
Post a Comment