Friday, December 13, 2013

shj

 10.12.2013

Selamat Hari Jadi anakanda Alzalia...
moga sentiasa disirami kebahagiaan
mendapat keberkatan dari Allah
dan sentiasa dalam redaNya...

 
Moga suka duka
dapat mewarnai kehidupan
agar kian matang dalam mengharungi hidup 
yang tentunya ada pasang dan surut.

moga sabar menghadapi
pelbagai kerenah kehidupan
dapat melepasi gelombang hidup
moga sampai ke pulau bahagia...

doa mama...
moga anakanda sekeluarga sentiasa bahagia
dunia dan akhirat
sama-samalah lengkap melengkapi
tegur menegur
baiki membaiki
agar yang cantik kian berseri
yang bahagia bertambah bahagia.

sayang mama tiada beza
anak...menantu dan cucu 
sama rata
sayangnya begitu dalam
harapan tinggi mengunung
doa tak pernah putus
moga anakanda sekeluarga
dalam peliharaan Allah...
Amin...
Selamat Hari Jadi yang ke....


No comments: