17.11.2013
sejak beliau mengemudikan kami
telah menjadi rutin tahunan
bukan sekali tapi 2 kali setahun
julai dan november...
Beliau ni pemurah...
bukan sekadar menerima
tapi sering memberi...
setiap kali berjumpa
pasti beliau akan mencari ruang
untuk belanja kami makan.
sebenarnya...
kat hotel dah tak termakan
tapi kami tetap dia belanja
untuk mengeratkan hubungan
dan...kali ini kami dibawa lagi
melintas jalan
merentas bersama-sama
bagai keluarga
terkedek2 ibu-ibu berjalan...
tak kesah...
tak fikir dah sakit lutut
sakit kaki,sakit pinggang
semuanya bagai tak terasa
termengah-mengah
berpeluh-peluh
maklumlah ibu,nenek
bapa dan atuk...
hiiii kenangan.
kenangan terakhir buat mama...
terakhir bersama-sama mereka
terakhir dapat makan Tn.Haji belanja
dah tak de Julai dah tak de November...
akan merindui detik itu
begitu juga dengan Tn.Haji Che Jusoh
dia juga sama dengan mama
makan bersama-sama buat terakhir...
kerana dia pun berakhir Mei...
Tuan Haji pun....
November terakhir dapat belanja kami
Julai insya-Allah sempat belanja teman-teman
kerana hujung tahun depan juga akan
melangkah pergi
kenangan ini
kemesraan ini ...
tidak terbeli
mungkin tak alami lagi....
terima kasih teman-teman
syukur berpeluang mengenali kalian
terima kasih semua
No comments:
Post a Comment