Thursday, December 19, 2013

copy paste dari fb

feeling blessed
Mungkin pada masa ini anak-anak yang berjaya dalam PMR masih menguntum senyuman kerana kecemerlangannya. Begitu juga ibu bapa dan keluarga. Namun, bagaimanakah perasaan ibu bapa atau penjaga anak yang tidak cemerlang?

Sungguh, saya gembira dapat berkongsi kecemerlangan pelajar walaupun keputusan adik saya hanya biasa-biasa. Ya, mana ibu bapa atau penjaga yang tidak mengharapkan anaknya cemerlang? Sedikit sebanyak tentu ada.

Sejak tingkatan 1, saya yang mengasuhnya, mendidiknya, mengajarnya dan menjaga segala-galanya tentang dia. Dia bukan seperti adik saya, tetapi lebih kepada anak saya! Allah punya rencana saya tidak menolak. Saya menerima apa-apapun keputusan dengan reda.

Saya tahu dia telah berusaha - walaupun saat akhir. Saya yang menemaninya mengulang kaji pelajaran setiap malam. Saya yang mengajarnya mana-mana yang dia tidak faham. Saya sanggup balik ke sekolah untuk menemani dia belajar walaupun waktu rehat semasa mengawasi PMR di SMK Bukit Indah amat singkat! Saya membaca untuknya. Saya bersama-sama membuat latihan dengannya sebelum masuk ke dewan peperiksaan pada sebelah petang.

Mana mungkin saya akan menyalahkannya dengan pencapaian begitu? Kerana dia telah berusaha. Di depan mata saya dia berusaha walaupun pada saat terakhir.

Buat Iwan, walaupun hanya 1A, abangmu ini tetap berasa bangga. Terima kasih kerana berusaha. Kita anak nelayan yang tiada apa-apa. Kita bukan pemilik dunia apatah lagi harta berjuta-juta. Namun, kita bisa takluki dunia jika ilmu penuh di dada.

Jika ada arwah bonda, sudah pasti dia akan berkata: Tak apa, dah usahakan? Begitulah setiap kali melihat saya bersedih jika keputusan peperiksaan tidak membanggakan.

Tiada hadiah istimewa buat Iwan. Hanya doa, dari hati. Belajarlah demi Allah kerana ilmu kekal sampai bila-bila. Jangan belajar hanya mengejar nama semata, ilmunya tidak kekal lama.

Jika hari ini kita tidak berjaya, esok masih ada. Gunakan kelemahan hari ini sebagai kekuatan pada hari esok. SPM masih ada.

Buat semua guru SMKTK yang pernah mengajar Mohd Ridhuan Daud sama ada secara langsung atau tidak langsung, saya meminta maaf andai keputusan itu mencacatkan rekod kalian. Terima kasih atas jasa semua guru mendidiknya.
 Photo: Hari ketiga, masih belum pulih sepenuhnya. Maka, terpaksa mencari bubur Mc D lagi. Yang seronoknya, dia! Dah lima kali makan sedap-sedap. Aku hanya bubur yang boleh telan. Syukur masih ada selera makan.

No comments: