Kam...teman yang pernah susah dan senang
bersama-sama bertugas dengan LPM
dulu sekurang-kurangnya 2x setahun kami berjumpa
sejak dia sakit
dia tidak lagi bertugas dengan kami
tapi...
setiap kali kami mesyuarat
pasti dia cuba datang untuk berjumpa kami
baik sungguh dia
tak kira di mana kami mesyuarat
pasti dia cuba datang
dan kerana telah lama bersama2
dia dah tahu jadual kami
bila masa dia boleh berjumpa kami
walaupun sekejap
dan..
suaminya amat memahami
sering membawanya...menemaninya
mama kagum
tambah lagi tahun ni
kami bermesyuarat di negerinya
jadi...
kali pertama dia datang bertandang
jumpa di lobi....borak-borak
suaminya setia menunggu
dia datang untuk buat temu janji
nak bawa kami makan
sedangkan dia tahu di sini
kami berlebihan makanan
tetapi itu tanda dia nak raikan kami
terima kasih kam kerana sudi menjenguk kami
seperti yang dijanjikan
kami dibawa makan nasi
ala kampung
semua 19 orang pergi...
tambah kam dan suami
tambah kam dan suami
terima kasih kam
tentu beratus ringgit dibelanjakan
beberapa hari lepas tu...
semasa kami nak tutup mesyuarat malam tu
dia call
dia call
dia tunggu mama dengan mek
di tepi kolam ,bawah rembulan,disirami lampu(hiii)
datang bersama-sama suami dan anaknya
bawa sate....
ummmp....terharu
terima kasih...terima kasih...
dan 2 hari selepas tu...
dia datang lagi dengan sebakul makanan
mihun goreng,murtabak, mangga
macam melawat anak di asrama
kali ni kami berkumpul di bilik mama
kam...
tahun depan saya pun tak terlibat lagi
tak pergi mesyuarat lagi...
tapi saya rasa...saya tak mampu jadi macam kam
saya kagum sangat...tapi tak mampu...
terima kasih kawanku....
No comments:
Post a Comment