Saturday, September 29, 2012

lobi


Alhamdulillah
mama selamat kembali ke negeri tanah tumpah darah mama
walaupun agak asing
kerana jarang mama ke kuala ini.


walaupun mama berasal dari negeri tercinta ini
tapi mama di daerah yang agak jauh
dari ibu negerinya


oleh itu 
cara bertutur dan budaya
lebih mirip kepada negeri jiran
tapi masih di bawah langit yang sama.


kaum kerabat pun tak ramai di sini
tapi masih ada ibu saudara 
dan sepupu2 yang tinggal di sini
tapi dah lama tak kunjungi mereka.


jika dinilai hasil tulisan
maka isi mama terpesong
dari tajuk...


yang sebenarnya
 mama nak tunjukkan
gambar lobi tempat mama menginap
mama suka...
ada unsur kemelayuan


tambah lagi ada nostalgia
yang membelai rasa
teringat...rindu...


agaknya...
gambar yang mana yang menyebabkan
rindu kian menebal
sayu mula menyapa...
Al-Fatihah...

No comments: