Thursday, September 20, 2012

Hanoi


AJK KPJ daerah mama
mengadakan rombongan sambil kerja di Hanoi..
apa lagi...mama mula berkhayal
walaupun  hampir-hampir 
tak jadi pergi.


Seawal 3.30 pagi  15.9.2012
Cikgu Ainun dan suami
datang jemput mama untuk ke LCCT.
Sebenarnya mama dah lama siap
maklumlah 'nurun' Tok Bat.


Ketika kami sampai ahli lain dah ada.
Setelah selesai urusan
kami bersarapan dulu sambil menanti masa berlepas.


Kami tiba di Lapangan Terbang Noi-Bai Hanoi
setengah jam lebih awal daripada yang dijangka.
Alhamdulillah.


Dari sana kami dibawa ke Hotel May De Ville
iaitu tempat kami akan menginap di Hanoi.


Jalan sekitar ke hotel kami agak kecil
dan sibuk...
mama yakin ramai antara kami yang
menekan brek lebih dari pemandu bas.


Sebelum kami masuk ke bilik...
ada welcome drink...
hihihi...minum je...
tak berani nak makan.



Hah...ini bilik kami
agak selesa...
yang penting ada laptop...
boleh berfb...



tetapi tak sempat berebut pun...
masing-masing dah letih.
Mama cuma sempat hantar berita
pada Izzat....


Hihihi...penimbang pun ada...
sindir ke...
hotel ni 3 bintang...
tapi ok jeee...


Selepas tu kami dibawa ke Restoran Khazana
katanya India muslim


sementara makanan dihidangkan




Haaah ni dia makanan kami...


Balik ke hotel untuk solat
dan rehat sekejap.
seterusnya kami dibawa untuk menonton
pertunjukan water puppet .


Kami hanya berjalan kaki ke sini
kerana tempatnya dekat je
dengan hotel kami...
hihihi...percaya tak?
mama menonton diselang seli dengan tidur....
letihhhhh...


Pada malamnya kami makan
di Restoran Nisa
milik orang Melayu dari Johor.
Makanannya...ok...

No comments: