Tuesday, September 11, 2012

detik pemergian



Semasa mama di sekolah pada 30.8.2012
mama dihubungi oleh tok mi
memberitahu tok cik tenat.

 

mama ambil keputusan akan ke sana esok
kerana
-mama rasa badan mama semacam je...
- kena ambil Inn di CJ pukul 9 malam
- esok cuti


Tapi...
mama terima sms memberitahu tok cik akan dibawa balik.
Hati mama mula berdebar-debar.
Ketika mama di CJ mama terima panggilan pula
yang memaklumkan tok cik telah tiada
telah pergi mengadap penciptanya.



Mama berkejar ke rumah tok cik
bersama anak-anak kerana
abah tak de...

                                            

Esoknya 31.8.2012(hari kemerdekaan)
selepas solat Jumaat
jenazah tok cik telah selamat disemadikan
di tanah perkuburan Sungai Pusu


Mama doakan semoga rohnya
ditempatkan bersama-sama orang yang soleh
Amin.



No comments: