Tuesday, September 25, 2012

Hanoi : Hari ke-2


Pagi ni (16.9.2012)kami bye-bye pada bilik ni.
Mengikut perancangan
banyak tempat yang bakal kami lawati hari ini.





Antaranya....sekitar Dataran Ba Dinh






Makam Ho Chi Minh  
merupakan memorial terbesar yang terletak di Hanoi. 










Kediaman Ho Chi Minh (Nha Bac Ho)
rumah kayu ala-ala kampung



 kawasan sekitar yang tenang dan
nyaman berhadapan dengan tasik.



One Pillar Pagoda iaitu  kuil Buddha 
 Replika kuil yang lebih tua yang telah dibina pada tahun 1049 
dan dimusnahkan oleh Perancis pada tahun 1954.



Gerbang masuk Kuil Sastra Van Mieu-Quoc Tu Giam.







Sekitar Sekolah Tinggi pertama di Vietnam


Sukaaa....


Hanya diberi masa 40 minit
mana sempat beli apa-apa...


Yang dicita tak de...
hanya beli selipar getah
kerana Cikgu Ainun dah sakit kaki...


Makan tengah hari juga di Restoran Nisa
sebelum bertolak ke ke Ha Long Bay... 
yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dari bandar Hanoi


Sebenarnya jarak taklah jauh sangat iaitu 165km
tapi mereka memandu begitu perlahan
no rempit-rempit


Sepanjang perjalanan  agak membosankan dan memenatkan
(tapi...hihihi dapatlah zzzzz)
Kiri kanan cuma ada kebun-kebun sayur
dan dapat dilihat landasan keretapi yang begitu dekat
dengan rumah penduduk(tak bahaya ke?)



Kami juga singgah sebentar Pusat Kraftangan Hanoi 
terdapat pelbagai kraftangan dihasilkan seperti
 barangan berasaskan seramik, tenunan sutera, 
seni ukiran kayu, batu-batu permata dll.
Tak beli pun...mahalll...

 

 Vietnam antara pengeluar kopi terbesar di dunia  
jadi,sebelum ke hotel kami singgah kilang kopi di Halong Bay.
Kilang ala-ala moden tu dekat je dengan hotel.


Akhirnya...
setelah perjalanan yang panjang
kami tiba di Hotel Ha Long Pearl




Haaaa..nilah bilik kami
kali ni 4 bintanglah pulak
tapi tak de laptop(hihihi)


Cantikkan...
view dari bilik kami


Malamnya kami menapak 
untuk makan malam
makan seafood
rasa jauh jeee


selepas makan...
kami mulakan operasi
operasi yang terbatas
iaitu membeli berhampiran dengan restoran tu...
ada macam-macam
lebih selesa jika dibandingan dengan di Hanoi
kerana pembelinya tak ramai


Sambil berjalan ke hotel
sambil menjamu mata..
jadi,taklah rasa jauh macam tadi
hari ni memang bermandi peluh...
banyak berjalan
penatnya..... tapi puas...

No comments: