Selepas sarapan
kami punggah pula beg ke bas
Kami akan dibawa Halong Bay
yang terletak di wilayah Quang Ninh.
Sesi bermula...
bismillahhirahmanirahim...
terkenang-kenang
teringat-ingat
pada siapa?
pada Kuala Besut....
Menaiki cruise di sepanjang teluk ini
amatttt mama suka
merupakan satu pengalaman yang indah
sambil menyaksikan keindahan
panorama
teluk ini memaparkan beribu
formasi batu kapur, gua-gua dan pulau-pulau yang indah.
Pelbagai rupa bentuk yang unik ini
terhasil akibat perubahan keadaan dan
persekitaran sepanjang 500 juta tahun.
belajar geografilah pulak...
maklumlah gi dengan cikgu geografi...
Ada yang berkata Ha Long Bay berarti “teluk tempat turunnya naga”.
Menurut legenda,
ketika Vietnam tengah berperang dengan Cina,
sekeluarga naga turun ke bumi dan membantu orang Vietnam.
apa pun lagendanya...
yang penting mama suka akan
keindahan dan ketenangan di sini
dan yang tak boleh miss
ialah posing
almaklum nak jadikan bahan bukti
Ni pulak aksi
model tali
bercita-cita nak jadi nahkoda
model-model jugak
tapi membeli tetap tak lupa
walaupun di tengah teluk yang indah
Pada tengah hari
kami makan di atas cruise
masakan laut...
bestnya...
makan sambil dibelai pawana
menghirup udara yang bersih
sebelum tiba di daratan
kami solat dulu
di atas cruise
dan akhirnya kami meninggalkan Halong
dan menuju semula ke Hanoi
Kami dibawa ke perkampungan sutera
tapi sekali lagi terkecewa
bila yang dihajati tak terbeli
mahal weiiii....yelah 100% sutera
No comments:
Post a Comment