Semasa kami belayar di Halong Bay
Kami juga singgah di jeti untuk
ke gua Dong Thien Cung
Pada mulanya mama berbelah bagi
nak ikut atau kekal di atas bot
kerana menurut pemandu pelancong kami
kami perlu mendaki lebih kurang
200 anak tangga.
Alamak boleh ke ni?
tapi...
takkan nak mengalah sebelum berjuang
alang-alang sampai gi jelah
Gua batu kapur ni ada banyak
betapa indahnya ciptaan tuhan
Terdapat pelbagai bentuk
yang menyerupai pelbagai objek
Kegelapan gua dihiasi oleh
lampu yang berwarna warni
menambahkan keindahannya
Alhamdulillah
walaupun peluh membasahi tubuh
tapi mama berjaya menempuhnya
kerana
ada ahli yang sama seusia mama
yang dapat meredakan
ada adik-adik dan anak-anak
yang bertenaga memberi motivasi
Akhirnya...
berjaya keluar dari gua
dan...terlihat ada gerai-gerai souvenir
tapi...
kali ini mama tak tergoda...
terasa nak cepat-cepat belayar semula...
bye...
No comments:
Post a Comment