ada yang meninggalkan jejak
dan ada yang tidak
dulu mama tak kesah sangat...
kerana...
niat awalnya...
mama buat blog ni
untuk syok sendiri je...
sebagai catatan peribadi....
juga untuk berkongsi cerita
dengan adik-adik...
jauh di mata dekat di blog
dan
untuk meluah rasa kepada anak-anak
mencalit nasihat
mengaris teguran
tak boleh lari tentulah
dari cikgunya...
yang mengajar dan membina tapak ini
tapi...
akhirnya..
mama dikesan oleh seorang teman
tak tahu macam mana
lagi...dikesan lagi
pabila mereka mencari bahan
tiba-tiba keluar blog mama
itu yang beritahu...
ada yang meninggalkan jejak
dan ada yang tidak
tapi...terbaru
mama dengar ada lagi
hihihi..huhuhu
(shhhhh)
seperti kawan juga...
sekarang blog mama bukan peribadi lagi
mama ada juga pengikut(seorang dua je)
mungkin kerana mama suka mengikut
dan bertandang ke rumah mereka.
Suka melihat isi rumah yang menarik.
Terhibur...
sekarang mama tak pasti
mama suka atau tidak dikunjungi...
ikhlasnya..suka....
terima kasih kerana sudi singgah,sudi jenguk
dan sudi tinggal jejak
tapi ,sebenarnya mama malu...
dan takut...
jika catatan mama disalah anggap..
sebenarnya mama bukan nak menunjuk
jauh sekali nak berlagak
dan bukan juga untuk 'mengena'
tapi hanya luahan rasa
ampuuunnnn...bagi yang terasa