Sejak mendaftar, rutin harian mama hampir sama saja setiap hari.
Tak kena cahaya matahari...
dengan erti kata lain - berkurung
walaupun mama tak nampak perubahan pada kulit mama.
tapi....itulah hakikatnya
Mungkinkan nanti boleh jadi Puteri Lilin ....atau Puteri Salji...
7.00 pagi:
Setiap pagi mama dan dua orang teman turun ke aras I
untuk sarapan kerana pada pukul 8.00 pagi mesyuarat akan bermula.Setiap pagi mama dan dua orang teman turun ke aras I
8.00 pagi
Setiap hari pada waktu ini mama memulakan tugas
berhempas pulas(bukan tenaga 4 kerat tapi minda)
Dipengerusikan oleh Yang Arif.
Pada 25 Jun kami selesai membincangkan....
berjalan lancar-alhamdulillah
Hari -hari seterusnya kami memulakan dengan tekun dan amanah.
Semua ahli begitu komited...
Kami cuba selesaikan sebelum 29.6.2011
kerana tugas baru akan dipikul...
Selama 5 hari kami berkumpul di bilik 316
sebelum anak buah datang pada petang 28.6.2011.
Malam 28.6.2011 kami berpindah ke bilik masing-masing
mengikut kumpulan.
Mama meneruskan perjuangan di bilik 311..
10.30 pagi
Semasa menyiapkan tugasan
kami kadang-kadang berZIKIR
dan jika sering sangat yang bersetuju(zzzzzz)
kami berehat seketika di luar bilik mesyuarat.
12.30 tengah hari
Kami berhenti seketika - masa untuk makan
Makanan kat sini ok...
sedappp.....
2.30 petang
Kami berkumpul semula
Teruskan perjuangan...
4.30 petang
Kami berehat seketika...
Masa ni ada antara kami yang ambil kesempatan cuci-cuci mata
Tapi..mama ...tidak...tetap berkurung...
7.00 @ 7.30 malam
Pada mulanya kami turun makan sebelum magrib
tetapi setelah anak buah datang
kami turun makan selepas magrib...
8.30
Selepas makan malam kami bergerak semula
ke bilik bertugas masing-masing...
meneruskan tugas tanpa keluhan
10.00 malam
Lebih kurang waktu ini terdengar meriah
di luar bilik mesyuarat
masing-masing melepas penat
dengan minum-minum dan makan kuih muih
10.30 malam
Sepatutnya pada waktu ini kami menamatkan kerja
Tapi...ramai antara kami yang begitu bersemangat dan berdedikasi
bertugas hingga larut malam...
terima kasih semua...
Begitulah rutin mama selama 2 minggu...
huhuhu...
hinggalah kini mama rasa sedikit terbuka dunia ini
apabila masa rehat mama dapat berblog...
kahkahkah...
alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment