Tuesday, July 12, 2011

Chik...?...!



blog chik...boleh dikatakan tiap hari mama buka
kadang-kadang lebih dari sekali sehari
kalau tak de cerita baru
mama jadi gelisah...
tapi blog chik kali ni lebih menarik
lebih jelas,lebih jujur...
jom kita kenali chik
kerana dulu2 chik seorang yang perahsia...
(Terima Kasih buat Ida kerana
memberi peluang kepada chik untuk bercerita)
hihihihi...

Ida nun jauh dari Jepun telah meng TAG akak...ada syaratnya yang kena laksanakan.Thanks atas ingatan Ida pada akak yer :) Love you.

Syarat-syaratnya :
  1. Nyatakan 7 perkara mengenai diri kita
  2. Tagkan 5 rakan blogger lain yang dipilih utk menerima award yang sama

Jom ikuti 7 perkara tentang akak...jujur sejujur jujurnya dan di tambah dengan sedikit ayat perasan hihi.



1. Seorang ibu kepada 3 anak lelaki ...telah hidup 20 tahun dengan incik suami...dah melalui masa susah dan senang bersama-sama. I love him very much ( tolong jangan pengsan dulu) and I know ...he loves me more....hahahahahaha. Nasib baik incik suami tak de masa nak baca blog akak ni. Kalau tak... sure dia suruh akak ubah ayat diatas menjadi begini...He loves me and I love him more... ;-)




2. Pernah tinggal di Bandung dan Bradford (UK).....dan terlalu banyak kenangan di sana. Mula kenal suami juga di sana.


3. Waktu remaja agak "keras" dalam kata lain susah nak menitiskan air mata.



4. Waktu Arwah Tok (nenek) meninggal...akak tak dapat balik. Menerima berita kematian beliau dengan tenang. Tapi besoknya akak tetiba sebak.... sebab baru sedar dah tak boleh jumpa Tok lagi buat selama-lamanya. Akak menangis dalam bilik air sebab takut roommate nampak. Terimakasih Tok kerana menjahit baju , menyuap nasi, memasak makanan yang sedap2 dan memberi kasih sayang pada cucu mu ini .




5. Makin tua makin sensitive dah kurang "keras".....Selalu teringatkan dan rindukan Arwah Ayahanda. I really miss my father.




6. Pernah pengsan waktu mengandung anak ke dua (Aqi)...gara-gara tekanan darah rendah. Sedar2 tengok ramai Mat salleh berkerumun dan tanya...are you ok?? are you ok???....antara mat salleh tu, sure le ada suami akak lah kan. Aqi lahir di Bradford bulan disember . Waktu tu salji tengah turun .



7. Pernah batuk teruk...dan terpaksa makan ubat batuk. Rumah akak dekat je dengan tempat kerja...so akak paksa diri unk drive juga... Akak tertidur kat traffic light sebab efek ubat tu. Akak tersedar bila orang belakang horn ... fuhhh.






8. Tak cukup waktu untuk diri sendiri...pagi sebelum gi kerja ..kemas rumah, jemur baju...kemudian gi kerja...
kerja ... kerja dan kerja...balik rumah mop lantai...cuci pinggan, kalau tak penat masak ala kadar...kalau penat beli je...lepas tu jadi cikgu tuition unk anak-anak pula. Tak lupa juga hantar anak tuition dan mengaji. Sekarang bila anak-anak dah besar dah mula lega sikit. Dan dah ada masa untuk menulis blog...sambil tunggu adik buat homework.


9. Suami dah memahami hobby baru akak (blogger)...kalau keluar makan ...dia tak kasi anak2 makan sebelum akak snap gambar makanan tu...hahahha. Thanks my dear...


Ohhhh ni dah melampau...Ida suruh akak buat 7 perkara je...akak buat 9....akak kasi bonus dua ye Ida...hihi


Akak Tag pada semua kawan-kawan yang sudi buat homework ni ye....sebab akak tengok kawan-kawan blogger semua dah kena tag.

2 comments:

kaktus said...

haiyaaa...kalah blog chik ni hihiii
lebih lengkap dan siap dgn gambar lagi...hahahahhahaah

Unknown said...

ingatkan nak komen bagi setiap penyataan tapi bimbang hilang kesenian dan keasliannya...hihihi