HBKL tempat bertaruh
Tiba saat mula berpeluh
Satu Julai sembilan belas sembilan puluh
Menjelang Ahad berhenti mengeluh
Selamat sudah putera ke bumi
Gembira sungguh hati kami
Bahagia hidup kasih bersemi
Putera dinama Izzat Hafizi
Izzat bererti kemuliaan
Begitulah impian dan harapan
Agar putera diberkati tuhan
Doa mama siang dan malam
Hafizi pula bermaksud pelindung
Kepada agama menjadi penaung
Kepada keluarga menjadi payung
Menabur budi setinggi gunung
6 bulan ketika usia
Biru di tubuh dan juga muka
malah selesema sepanjang masa
buat kami tertanya-tanya
Musykil kami telah terjawab
Berjumpa doktor berjumpa jururawat
Kami berusaha untuk merawat
Ke mana saja pergi berubat
Berbulan kita di dalam wad
IJN dan Neuro putera dirawat
Tanggung derita beratnya azab
untuk melihat putera sihat
Tidur tak lena makan tak lalu
Hati mama dimamah pilu
Jiwa abah diragut sayu
Melihat putera terbaring lesu
Tak kenal malam atau pun siang
Bersama putera tak pernah berenggang
Sebagai tanda kasih dan sayang
Cinta kami tidak terbilang
Putera comel telah diduga
Memberi kekuatan kita sekeluarga
berkorban jiwa dan juga raga
untuk hadapi segala derita
21 musim telah berlalu
Putera sihat tanpa biru
Tapi putera ingat selalu
Jangan bertindak secara melulu
putera kini telah remaja
onak dan duri di mana-mana
setiap gerak perlu waspada
jangan sampai badan terluka
solat 5 waktu tiang agama
jangan diabai jangan dilupa
agar hidup dalam rahmat-Nya
Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali
Jangan lupa pada Illahi
Segala larangan cuba jauhi
Pasti hidup akan diberkati...
Dan untuk kesempatan ini
dengarlah harapan yang murni
dari yang menyayangi
dengan sepenuh hati...
Anakanda,
Selamat Hari Jadi
Moga hidup sentiasa berseri
suci diri suci hati
memiliki sahsiah terpuji
SELAMAT HARI JADI YANG KE-21
2 comments:
semoga mjadi anak yg solleh :))
amin...tk chik kaktus...
Post a Comment