Sunday, July 10, 2011

Dari meja ke meja

Hari Guru hari kita
melepas lelah buat seketika
setelah sekian menabur jasa
mengajar mendidik anak bangsa
Kita berjalan meja ke meja
meja pertama meja pengetua
dikunjungi adinda bertiga
untuk bergambar untuk bermesra



Ustaz Sulaiman di meja yang sama
Guru disiplin mengajar agama
Cikgu Rani orang lama
Sudah terkenal di mana-mana

Encik Luqman dijemput juga
Encik Nordin tidak dilupa
kerana mereka turut berjasa
dalam PIBG berbakti mereka

Mama duduk di meja kedua
bersama dinda juga kanda
Dinda Roslan datang seketika
untuk bergambar dia tak lupa


Norainun dan juga Rahani
Senyum simpul duduk di sisi
begitu riang rasa di hati
walau merai diri sendiri

Zamzamiah guru cemerlang
Midah pula tiada kurang
Kimia Fizik kuasai bidang
Semangat mereka tak pernah hilang

Dinda muda lagi rupawan
Mata melihat terus tertawan
Duduk semeja sesama kawan
makan sepiring minum secawan

Kini giliran ibu-ibu pula
Masih manis seperti gula
manis rupa manis bahasa
kerja pula mereka tak lupa






penuh semeja para jejaka
tak nak berpisah antara mereka
mungkin takut pada si dara
yang melebehi jumlah mereka


3 jelita menutup bicara


moga hati berbunga bahagia


menyambut hari kita


agar kita ke puncak jaya

No comments: