Monday, July 25, 2011

Jauh perjalanan

Ahad 24.7.2011

Bangun dari tidur mama bersiap untuk menyiapkan
bahan untuk digunakan esok.Panik apabila kerja
yang dibuat semalam tak boleh dibuka.
Nasib baik along tolong 'godekkan'
-akhirnya boleh dibuka.

Izzat gelisah dari pagi kerana nak ke klinik.
Kakinya masih bengkak dan berdenyut2 walaupun
2 hari lepas telah ke klinik...ubat pun belum habis.

Ke Klinik Fatimah tetapi tutup kerana hari ni hari Ahad.
Tukar arah ke Setiawangsa.
Menurut doktor jika dalam tempuh 2 hari tak berubah
dia cadangkan ke Hospital...huhuhu..

Balik dari klinik mama ke Dewan SMK Taman Melawati
kenduri menyambut menantu En.Fauzi.
Hihihi...tiba di sana tetamu belum ada-mama terawal
kerana nak hantar adik Amirul pula.
Sempatlah mama beli kasut....

Dalam perjalanan ke Melaka kami sempat juga
singgah di kebun Chik...best
Chik main masak-masak
Makan durian
Berkelah
Cari tempat stategik
Sebelum berendam

Dari Hulu Langat kami menuju ke Umbai
makan lagiiiii



Selepas itu barulah kami menuju ke destinasi sebenar-UITM
Pukul 11 lebih baru kami sampai di rumah kerana ada kemalangan berlaku....

No comments: