Friday, April 29, 2011

Takziah


Hari ini hujan turun sejak subuh
nyaman sekali
rupanya bawa petanda....

Pagi Jumaat ini juga
mama sempat bersarapan dengannya
sebelum mama ke PPD

Mama sempat bertanya keadaan bondanya
kerana semalam dia cuti...
menjaga bondanya di hospital...

Sebenarnya bondanya telah lama sakit...
....barah....
dan kini tiba waktu arwah menemui-Nya.

sebenarnya mama terima berita ini
tika mama hendak ke PJ
mama hanya sms-ucap takziah
kerana mama yakin pasti tika itu
dia sedang sibuk dan perasaan tidak keruan
Tapi mama yakin teman mama ini
tabah orangnya dan pasti dia reda
dengan pemergian bondanya...

Dan mama teringat pada doa ini:

Ya Allah ampunilah dosanya,
sayangilah dia, maafkanlah dia,
muliakanlah tempat tinggalnya,
luaskanlah kuburannya,
bersihkanlah dari segala kesalahan
sebagaimana kain putih bersih dari kotoran,
gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik
dari tempat tinggalnya,
peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka.”
(HR Muslim).

Moga rohnya dirahmati Allah.
Amin.

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih atas doa.. smpi saat ini masih sayu sendu dan rindu..