23.4.2011-Sabtu
Sepatutnya hari ni pukul 10.00 pagi
ada jemputan ke rumah Kak Nab.
Tapi mama tak jadi pergi kerana mama ke sekolah.
Hal ini kerana masa mesyuarat PIBG semalam
mama terima sms dari Nun beritahu ibunya dimasukkan
ke hospital....
Jadi,sebagai kawan mama terpanggil untuk mengantikannya
jika sesuatu berlaku dan dia tidak dapat bertugas hari ni.
Kak Dah juga datang dan meluahkan kebimbangan tentang
kesihatan sang suami.Moga semuanya ok.
Lebih kurang pukul 9.00 Nun muncul...
Lega mama kerana itu bermakna...
1.ibunya ok sikit walaupun mengikut doktor hanya menunggu ketika.
Mama harap Nun dan keluarga tabah dan reda.
2.Mama boleh balik awal untuk menunaikan hasrat si puteri.
Lebih kurang pukul 11.00 mama balik dan ke c4 dengan Inn.
Tiada seperti yang dikehendaki...
Bermakna terpaksa juga ke Jln TAR...
Husss...akhirnya dapat juga seperti yang dikehendaki..
Balik dari sana mama terbaring lesu...
Inn pergi ambil barang dari Ira.
Along pergi kenduri..
Izzat dan adik keluar
Malam:abah ke rumah Kak Nab-Aqikah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment