Tuesday, April 26, 2011

Mesyuarat n mesyuarat


Petang kelmarin As telefon beritahu
ada surat panggilan mesyuarat.
Dengan penuh yakin mama menyatakan
mama sudah terima surat dua hari lepas.

Setiba mama ke sekolah pagi ni
mata mama terpaku pada surat di meja
berulang kali mama baca...betul...pasti...
hari ini 26.4.2011 mama kena pergi mesyuarat
untuk 2 tempat berbeza pada masa yang sama.

Setelah berbincang dan menerima sms dari AJK
mama ambil keputusan pergi mesyuarat KPJ
di SMK Taman Melawati
manakala mesyuarat satu lagi
diwakilkan kepada SU HEM


Sebelum ke sana....
mama masih di Bilik Q sekembali dari kelas.
Hanya memantau dan memberi sokongan moral
kepada adik-adik yang bertungkus lumus menyiapkan kerja
yang perlu dihantar esok...

Tahniah dan terima kasih...
Sabar....dan ...sabar....

No comments: