24.4.2011-Ahad
Hari ini dalam sejarah...
Abah bangun lebih awal dari mama...
Dalam kesamaran dan kedinginan
mama nampak abah sedang bersolat subuh.
Agak berat tubuh mama untuk bangun .
Sakit seluruh badan, lengoh lumpuh,sakit urat saraf....
huuuu itu petanda yang nyata mama sudah tua...
Pagi ni selepas ke pasar abah ke surau
-Mesyuarat Penduduk...
Inn pun bangun awal pagi ni tanpa dikejut kerana perlu siapkan esei marketingnya
Hari ni dia tak menolong...tak pe jika kerana belajar...
Dalam kepayahan mama urus juga rumah tangga seadanya.
Hari ini mama masak
kari kepala ikan
ikan goreng
sambal belacan....
peria tak sempat goreng
... dah letih....
Jadi...
itu saja menu tengah hari ni...
Petang Inn ke MMU dengan Wani
Moga beroleh kejayaan....amin
Berlalu dia pergi mama terlihat sesuatu
dan Inn perlu terima hakikat sebenar
yang Inn sebenarnya
-deidei
-kurang lembut kepalanya
Tuntasnya jika ingin berjaya dalam apa pun
hapuskan 2 pekara tu dulu... hihihi
(dengan nada perlahan dan berlagu merdu)
Sejak tengok blog Chik mama terliur amat
ingin sangat ....
tapi tak larat nak ke JJ
tapi...hihihi...tanpa diduga
Kak Alzalia dan angah singgah dan hulurkan durian..
hihihi terima kasih...mungkin gerak hati mama
dapat dirasai oleh angah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment