Saturday, April 30, 2011

Jumaat

29.4.2011-Jumaat

Setelah bersarapan di kantin dengan Nun
setelah bertanya khabar tentang bondanya
mama berangkat ke PPD jumpa Puan Nurun....
Hantar hasil kerja 2 hari lepas yang tidak boleh dibaca.


Balik dari PPD mama bersiap sedia menerima tetamu.
Tetamu dari SMK Lembah Keramat
yang diketuai oleh pengetuanya sendiri,Puan Pauziah mantan PK sekolah mama.


Rombongan mereka terdiri daripada guru-guru
dan ahli Pusat Sumber sekolah mereka.
Lawatan mereka ke sini kerana sekolah mama
memenangi Pusat Sumber Inovatif peringkat daerah.
Tapi pada mama
kehadiran mereka lebih kepada
jalinan persahabatan.

Setelah selesai semuanya mama call dan berjumpa
dengan Nik dan Nor-mohon bantuan.
Alhamdulillah.Terima kasih adik-adikku.

Ketika mama hendak ke PJ,mama intai Alya dan pelakon teater.
Tanpa diduga mama menerima berita sedih...
bonda teman baik mama telah kembali ke rahmatullah.
Al-Fatihah.

No comments: