Wednesday, November 17, 2010

Raya Korban 2010

Malam Raya
BBQ
Abah sibuk di surau
urusan korban esoknya
mama melayan kehendak dan kerenah anak-anak
- bakar membakar


Malam ni mama tak sibuk sangat
kerana
pagi raya Chik ajak berkumpul di sana.


Makanan yang nak dibawa esok
telah mama siapkan tadi
sebelum anak-anak balik dan datang
Sebenarnya BBQ bermula agak lewat
kerana masing-masing ada hal.

Hari Raya 1
Suakasih

Selepas Sembahyang Raya
mama ke rumah Chik dengan Along dan adik
Angah dan Kak Alzalia datang terus dari rumahnya


Abah tak ikut serta kerana bertugas di surau
Inn kerja dan Izzat ada hal.
Jadi ...tak cukup ahli
Tapi...
tahun ni kami 6 beradik semuanya
dapat berkumpul...cukup ahli
cuma...tanpa Tok Bat...
huhuhu....

Makanan begitu meriah
pelbagai jenis...
aduh...kesian perut...
lebih muatan

Hari Raya ke-2 Keramat Permai


Raya kedua di rumah kita
salah perancangan
mama sangkakan hari ni semua orang cuti

Rupanya abah,along,angah,kak Alzalia dan Inn kerja
Malah Ayah Ngah dan Ayah Teh juga kerja...

Ayah Cik pula ke Bandung
dan Su Nor ke Raub ikut Pak Su Haris
Chik pula terpaksa balik awal
kerana Pak Cik ada mesyuarat
Cik Ngah datang dengan anak-anak
Acik juga datang tanpa ayah cik
Nasib baik raya pertama dah jumpa semua

Ayah Teh dan Tok Cik datang tengah hari

dan angah pula datang petang
setelah balik dari kerja

Malam:Mama dan Inn hantar Tok Mi ke Cheras
kerana Ayah Cik Tak de....
letihnya....
Hari Raya ke-3

Abah beritahu
Mak Cik Zaidah jemput ke rumahnya hari ni
tapi mama tak sempat pergi
kerana kelam kabut dan letih
Petang pula abah ke Gua Musang

Hari Raya ke-4
Perkahwinan Amalina & Razak

Sebenarnya kedua-dua mereka ni
bekas murid mama...
ni masa mereka bertunang...


Hari Raya ke-5
Bukit Bandar Raya

1 comment:

kaktus said...

raya ke 3 saya dah kerja...