Saturday, November 6, 2010

jamuan koop 2010




Terima kasih pengerusi majlis.

Bismillahhirahmanirahim

Assalamualaikum wbt,selamat petang dan salam 1Malaysia

Yang Berusaha Puan Hajah Hamidah Husin,Pen Kanan HEM

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Rani Abdul Aziz Pemangku Pen.Kanan Petang

Semua Guru Kanan Mata Pelajaran

Guru-guru Koperasi

dan pengawas-pengawas Koperasi yang dikasihi


Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan izinNya

kita dapat berkumpul pada petang ini di Hotel Putera yang indah ini

bawah pengendalian Koperasi SMKTK

untuk bersama-sama meraikan Jamuan Akhir Tahun Koperasi SMKTK tahun 2010.


Alhamdulillah Koperasi SMKTK yang ditubuhkan pada 18 Disember 1982

dengan bermodalkan RM600 telah berkembang maju.

Peningkatannya semakin terserlah seiring dengan visi dan misi

yang mahu memberikan kemudahan terbaik kepada para pelajar,

warga SMART dan juga pihak sekolah.

Koperasi sekolah sebenarnya bukan hanya tempat

untuk mendapatkan keperluan peralatan asas sekolah ,

tetapi sebenarnya memainkan peranan yang lebih dari itu,

iaitu serampan 2 mata kerana Koperasi sekolah telah member sumbangan secara langsung

kepada prasarana sekolah melalui kemudahan tempat duduk

atau tempat pelajar berehat di sekitar kawasan sekolah.

Terima Kasih Daun Keladi…


Sumbangan terbaru ialah menyediakan tapak permainan

dan kemudahan wifi atau jalur lebar yang kini ada di koperasi sekolah.

Perkhidmatan ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan para pelajar.

Kemudahan ini sangat bermanafaat untuk mereka mencari

maklumat kerja kursus,nota,borang ke sekolah berasrama penuh dan pelbagai keperluan lain.

Oleh itu ramai pelajar yang mencadangkan agar bilik khas

yang lebih selesa dan komputer yang lebih banyak disediakan.


Kejayaan koperasi sekolah tidak akan dapat diperoleh

tanpa usaha,tenaga,dedikasi dan idea guru-guru koperasi

yang sentiasa berazam untuk memajukan koperasi sekolah.

Tambah lagi disokong oleh kegigihan pengawas koperasi.

Pada saya mereka umpama

Induk ayam bertelur sesangkar

Menetas satu menetas semua

Bak induk benih yang baik

Setiap bibit semuanya tumbuh

Yang tinggi menjulang ke awan

Yang rending menjadi tempat berteduh

Yang kuat menjadi pendinding


Jadi guru dan pengawas koperasi harus berkerjasama untuk memajukan lagi koperasi

demi mendapat kesepaduan yang utuh dan untung yang berganda

kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Sebagai warga SMART pula kita perlu member sokongan dengan

membeli dan mendapatkan keperluan di koperasi sekolah.

Marilah kita sama-sama menyokong misi koperasi

yang mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada sekolah,

dan seterusnya meningkatkan tahap keperluan sedia ada

ke satu aras yang lebih membanggakan

kerana kejayaan koperasi sekolah adalah kejayaan kita juga.


Akhir kata tahniah diucapakan kepada seluruh warga koperasi Sekolah

dan warga SMART yang sama-sama menggembeleng tenaga

bagi memastikan kejayaan yang berterusan.

Semoga kemajuan koperasi pada masa akan datang dapat memberikan sumbangan

yang lebih besar untuk dinikmati bersama-sama.

Saya sudahi dengan serangkap pantun


Mawar merah idaman rerama

Mekar di taman jadi suntingan

Usaha berganda ,keuntungan diterima

Begitu murni hasil sumbangan

Sekian terima kasih.

No comments: